Friday, November 27, 2015

BACKPACKER ~ HATYAI SONGKLA, THAILAND - PART 3 (Finale)

HALO HALO!

Salam jumaat buat semua, semoga Jumaat ini memberikan rahmat dan ketenangan buat semua. (perasan jerr tau ada orang baca entry). Hehe

Ok hari ni kitew sambung pengembaraan ke tanah Hatyai, Thailand!

Puas wefie dan menikmati keindahan kat pantai Samila Beach Songkla, Abe Tuk tuk bawa we all untuk lihat view dari atas bukit pulak. Jom kitew?

#TAN KUAN HILL TOP, SONGKLA

Hill ni terletak kira-kira 5 minit perjalanan jer dari Samila Beach, apa yang menariknya kita akan naik lift jenis condong 40 degree untuk sampai ke atas yang makan masa kira kira 5 minit dan terus jer dah boleh nikmati view pantai Samila Beach! Tiket masuk 30 bath jer, (RM3). Ok tak nak cerita panjang, belanja view! taraaa!!


" Subhanallah, view pantai Samila Beach cantik sangat kan?"

 " Kelihatan kapal-kapal layar dan bot kecil menambah suasa pantai yang damai"



Di bahagian atas bukit ni ada rumah api dan tempat sembahyang agama. Tapi jangan risaum kitew boleh je pusing-pusing sekitar hill untuk nikmati view. Sesekali akan kedengaran bunyi lonceng mungkin tanda dah masuk waktu sembahyang agama they all mungkin?


 " Ni area selat Songkla, kapal-kapal kecil banyak melabuh di sini, sekitar kawasannya perkampungan nelayan aku agak,"


" View bandar songkla, angin boleh tahan kuat kat atas ni, walaupun cuaca terik tapi tak terasa sangat"

 " Kiut miut je landskap kat atas hill new"


Korang nak tau?, aku ingat kat Malaysia je dalam asia tenggara ni yang ada Love Lock, gupenya kat Songkla ni pon hado okay!. Haa sesiapa gase nak simpan cinta dye lagi jauh sikit dari Penang Hill leh la lock mangga cinta ada di sini . Hahaha



Songkla ni macam diantara dua selat, kanan selat songkla sebelah kiri laut lepas. Nice view! terpegun melihat ketenangan tempat ni. Haa pada sesiapa yang nak g ke Hatyai tu sila masukan tempat ni dalam list anda okay!. Kalau tak pergi rugi tau!




Ada juga ditampal ayat-ayat motivasi yang menarik kat atas bukit ni so dye macam buat kita terasa selesa dengan ayat-ayat positive tuew dan jom tenangkan fikiran anda kat Hill ni!


Gambar berdua haruslah banyak kat atas nu kan, hhuhuhu sila abaikan muka kami yang berpanas berhujan comot gituew. wink wink



"Ada beberapa kawasan tinjau yang boleh kita lihat view"



 " Nak fefiling bunga-bunga cinta di atas bukit boleh?"

" Sungguh indah ciptaanMu ya Allah, tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, you all datang dan lihatlah sendiri"

" Haa ini la lift yang 40 degree tu "

Puas ambil angin atas hill tu kitew singgah jap Songkla Aquarium tengok apa ada kat sana. Entrance masuk dah 200 bath dewasa dan 150 bath kekanak hokay Disini juga ada food court halal mana tau tergase lapa nak makan silalah menjamu selera We all dah makan kenyang kat pantai Samila Beach pekena songtam dan nasi goreng seafood peh masyuk betul!

# SONGKLA AQUARIUM

 "Sempat singgah Songkla Aquarium"

Abe tuk tuk ajak g tengok Gajah kat Cang Puak Champ, beriya ajak ke sana  tapi aku menolak, bukan ape aku tak berapa berminat aktiviti tengok gajah atau naik gajah ni sebab tergase menyeksa binatang jer. Walaupun aku ni bukanlah pencinta binatang sangat tapi aktiviti tu bagi aku tak perlu kot.

Dekat sini ada juga Muzium 3D Art tapi disebabkan dah petang time tu we all decide cancel pergi lagipun jarak nak balik ke Hotel boleh tahan jauhnya. Lagi-lagi naik tuk tuk  jek kan kerlas ko jah memang adventure sangat. 

Ni nak story peristiwa dalam tuk tuk time balik tu, tetiba langit gelap macam nak hujan dipertengahan jalan. Apa lagi kelam kabut abe tuk tuk berhenti tepi jalan untuk tutup bahagian tepi tuk tuk dengan kanvas. (Time tu nak snap picture boleh lupa pulak, touching punya pasal). Abe tuk tuk ni drive dengan wife dye, they all sangat caring dan sentiasa tanya kitew ok tak, mana nak pergi, tu yang tegase touching tu.

Elok dah nak sampai bandar Hatyai tetiba bahagian tengah tuk tuk ni keluar bunyik meletop!. Ya Allah mau tak melompat aku time tu, time tu xda pikir lain dah, dalam otak pikir ni mesti BOM Pengganas ni!..

Punya la lawak gupenya lepas check tu bunyi tayar spare meletop sebab panas sangat bawah tuk tuk tu,, adeh ingatkan terrorist la tadi. Fuhh lega hati den.

" Boleh pulak ada rumah ala-ala cina dekat bandar Hatyai ni, chans kan?"

Shopping time kat Central Festival Hatyai dan pusing-pusing are bandarnyer sebelum balik ke hotel semula. Macam-macam barang jual kat Hatyai Town ni tau!

Maapla satu gambar pon xde sebab dye macam kalau dah tiba waktu shopping atau makan best selamat tinggal sang kamera.. gituew? Hahaha

Petang tu lepas balik dari shopping kat Hatyai Town, we all spend masa makan dan makan lagi di Khlong Hae Floating Market. Tula bila dah menginap di sini dah susah kalau nak pusing-pusing dan shopping area Hatyai town. But its okay sebab shopping bukan priority untuk trip backpacker kali ni.So chill jer okay!

" Haa ini la part atas Floating market yang jual barang souvenir tu"

Pagi tu bersiap awal untuk gerak balik naik bas KKKL okay, berat rasa hati nak berpisah dengan Bandar Hatyai ni sebab kat sini terasa sangat kedamaiannya, keindahan alamnya, keramahan orangnya dan terasa selamat walaupun macam-macam dah berlaku kat bandar ni selama ni. 

#LEE GARDENS PLAZA HOTEL, HATYAI

 " Nampak tak abe polis a.k.a tentera berkawal je kat area Lee Garden Plaza Hotel yang pernah dibom beberapa tahun yang lalu, tapi Alhamdulillah tegase aman dalam rahmatNya"

" Dalam Shopping kompleks ni jual macam-macam, ala lebih kurang macam plaza kat tempat kitew jugak"

 " Kat sekitar Lee Gardens Plaza ni ada jual souvenir tapi harganya mahal sket la kalau nak compare masa di Floating Market"

Sebelum bertolak balik jam 12 tghari waktu Thai, we all isi perot dengan makan KFC Thai.

" After all, sos Malaysia paling best kat donia aku gase, nasib burgernyer dap dap
 ~sob sob sos cili banyak garlic *nanges*"


Haa sebelum aku habiskan story kembara backpacker we all di Hatyai ni nak story sket tentang KFC Thai yang you all wajib cuba kalau sampai kat Thailand ni, (pastikan Halal ye sebab ada area yang KFCnyer tak halal)  Ini dia Nasi Urap Pedas Thai. Rasanya masyaAllah layan habis, pedas, masam manis sume cukup. Sampai la ni dok teringat jer kat nasi urap ni bila lah lagi dapat bertemu kembali, hukhuk


Alhamdulillah trip backpacker we all berjalan dengan lancar dan happy sangat dapat berpeluang datang ke sini lalu jalan darat jer, Adventure ok! lepas ni nak menempuh perjalanan balik ke Jay Bee yang makan masa kira-kira 15 jam!.. Wuaa stress nyer mak time tu!, Tapi oh yeahh cabaran encik suami supaya aku naik bas berjaya di sahut dengan jayanya.


Thanks for the memories Haytai, till we meet again one day, stay natural, stay beautiful & stay peaceful okay!.''  Xoxo. *Sendu kitew nanges teringatkan you wahai Hatyai*


No comments: