Monday, February 14, 2011

Bla Bla Bla


: :Bila Aku Sudah Berbicara... Bla Bla Bla : :
Sudah 23 tahun usiaku tahun ini,… wah begitu pantas masa berlalu,
 rasanya seperti baru semalam aku menjadi seorang kanak-kanak,
Aku tertanya-tanya pada diri…
Sepanjang tempoh usia ini,...
Apakah pengalaman berharga yg telah aku miliki?
Dan,...
Apakah kejayaan yg telah aku kecapi? Dan yg paling bererti,…
Apakah sumbangan yg telah aku berikan pada komuniti, Negara, mahupun agama?  Ternyata persoalan-persolan ini masih belum ada jawapan yg pasti...herm
Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian,… pepatah ini sering kita dengar, tapi mengapa tidak pernah kita cuba hayati,?,..Dalam sedar atau tidak,terlalu banyak masa yg telah dipersiakan, sedangkan kita sedar masa itu tidak mampu ditukar ganti,… Menjangkau usia lewat remaja @ boleh dikatakan selamat datang Dewasa!...uhhh, agak gementar untuk menerima kenyataan ini,… ,
aku merasakan terlalu naifnya perspektif aku tentang hidup,.. tentang matlamat & masa hadapan, kenapa aku berkata begitu?, kerana,… aku mudah kalah dengan dugaan yg datang,  aku lupa suatu perkara,… tanpa perancangan yg efektif, usaha yg gigih & berterusan…. Sesuatu kejayaan & matlamat yg diimpikan tidak akan mampu terlaksana dengan jayanya,… Sudah redha dan tawakal terlebih dahulu tanpa usaha, & kemudian menerima apa yg datang seadanya,… itu bukanlah satu tindakan yg bijak,… ya… aku akui kelemahan ini,…
Adakah aku berfikir terlalu jauh?  Mungkin ia perlu!… 
Sesuatu yg hanya angan-angan atau ilusi mampu menjadi kenyataan dengan izinNya, sebenarnya selagi kita percaya pada ketentuanNya yg datang adalah yg terbaik untuk kita, selagi itulah kita masih punya peluang,… & yang penting selagi itulah kita masih mempunyai sinar harapan.Berfikiran jauh itu baik untuk menjana minda & cara kita berfikir agar tidak terbelenggu di dalam satu kotak fahaman yang lazim…. Ya,… itulah cara permikiran yg perlu dipraktikkan untuk berada selangkah lagi kehadapan,…Namun, dimasa kita sedang cuba membuat  ‘brainstorming’ pada cara kita berfikir, terdapat pula faktor-faktor dan anasir-anasir tidak kira datang dari luar mahupun dari dalam diri kita sendiri yg juga dilihat mampu menggugat usaha kita untuk menjadi lebih baik.  Disini aku berminat untuk mengungkap beberapa factor-faktor tersebut & aku yakin mungkin jauh disudut hati yg lain, mereka juga merasakan hal yg sama,…
1.       Negative Thinking – sentiasa berfikiran negative tidak kira pada kemampuan diri, kepada pandangan orang lain mahupun pada keadaan persekitaran.
Contohnya kita mudah buruk sangka terhadap orang lain, menganggap orang lain menunjuk-nunjuk dengan kelebihan yg ada (sedangkan kita sedar ia satu pilihan individu yg tidak perlu dicemburui…..) dan yg palih parah menganggap  niat baik org lain sebagai helah untuk menjatuhkan kita,.. tidak perlu tipu diri anda sendiri,… saya pasti setiap orang pasti pernah berfikir seperti ini,….betul tak?,,hehe  

2.       Fahaman yang silap – sesuatu yg dipegang sejak kecil, atau sudah menjadi adat atau sudah menjadi amalan dianggap sesuatu tradisi yang perlu dikekalkan. Sedangkan kita terlupa, zaman kian berubah & alternative semakin berkembang, membuatkan ada cara atau fahaman itu perlu dipinda atau diubah mengikut kesesuaian masa kini.  Lebih tepat cara lama tidak lagi relevan digunakan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat yang baik. Sebagai contoh jika kita menganggap kaum & bangsa lain berjaya kerana takdir mereka memang berjaya di dunia itu kurang tepat, sedangkan kita juga sedar mereka berjaya disebabkan usaha & taktik yg berkesan. Kita juga mampu berjaya seperti mereka tanpa mengenepikan ajaran agama kita, asalkan kita mahu untuk mengubah fahaman kita untuk berjaya di dunia mahupun insyallah diakhirat kelak.

3.       Takut @ penakut!! – Ya, inilah faktor utama yg menjadi tembok konkrit terbesar!, yg hidup mekar dalam  diri kita dalam usaha kita mara selangkah kehadapan,… (aku angkat tgn! Setuju!)

Takut untuk membuat perubahan menjadi lebih baik, kerana apa? Bimbang pandangan orang lain terhadap perubahan yg hendak dilakukan. Takut menunjukkan kelebihan dan kemampuan diri, sebabnya? Tahap keyakinan yg minima terhadap kelebihan yg ada. Takut untuk merebut peluang keemasan yg muncul, alasannya? Menganggap rezeki lain akan menyusul kemudian…


Faktor-faktor inilah yg menggangu emosi dan jiwa kita semasa diri kita sedang berperang dengan fahaman & permikiran sendiri. Persoalannya, bilakah kita mampu keluar dari kepompong yang hanya memudarkan matlamat & kejayaan yg kita impikan? Jawapannya ada pada diri individu masing-masing… jawapan aku?... aku adalah insan yg mudah termakan hasutan anasir-anasir penghalang ini, tapi aku percaya, jauh disudut hati, akan lahir harapan & impian yang memuncak untuk memecahkan halangan-halangan ini hinggalah aku berjaya mengecapi impian & kejayaan yang diidamkan dengan izinNya,… insyallah!.... Aku berharap semoga aku sentiasa tidak lupa akan asal usulku, tidak dikaburi kesenangan duniawi dan aku sentiasa bersyukur dengan apa yg aku miliki sekarang, kerana aku berpegang kepada kata-kata
idola negarawanku Tun Dr. Mahadir Mohd...

* Seseorang yg tidak pernah puas dengan apa yg dimiliki, tidak mensyukuri segala yg ada di depan matanya, dia tidak akan bisa memperolehi kejayaan*

Aku berdoa kehadrat Ilahi, Semoga hari esok akan lebih baik dari semalam J, semoga ketabahan akan sentiasa mengiringi perjalanan ini, semoga rahmatNya akan sentiasa melindungi jasad ini & bumi tercinta, Malaysia,,,…amin…


(Inspirasi datang tanpa diduga,… xsangka pula aku mengeluarkan luahan rasa macam nie…, inilah akibat dh lame xdapat mengarang karangan... hehe)


 

Sunday, January 30, 2011

KETABAHAN


Wah, lamenye x update blog ni!
Huhu, tibe2 terasa nak update pulak,...
herm di luar hujan xhenti2 mencurah ke bumi,
mcm nak keluar tapi takot kena hujan,
biasalah aku ni cepat kena penyakit,
kalau kena ujan sikit nanti mulalah nak kena demam,..
oklah rasenye enjin dh panas,herm, hari ni aku nak cerita tentang...

 KETABAHAN

Ye, xsemua org memilikinya,
aku pun juga rasa diri aku masih xcukup kualiti itu,
tapi....
selepas melihat penderitaan org lain, barulah aku sedar, ketabahan itu boleh kita miliki, selagi kita percaya pada diri & yg penting percaya pd Kekuasaan yg Esa,

Pada jam ini,flashback semula ke 2 hari yg lalu ,
aku berada di Insitut Jantung Negara
akhirnya waktu yg menjadi igauan kami benar2 tiba,..
anak saudara kesayanganku akan dibedah hari ni,
Resah hati ni hanya Tuhan yg tahu,
Setiap masa kami berdoa agar segalanya dipermudahkan,

Masuk saja di wad kanak2, dia ceria, asyik nak main kat taman wad saje,
sedangkan dia tak tahu yg dia bakal dibedah xlame lagi,
terkejar2 aku mendapatkannya yg berlari dari wad ke wad,
sangat aktifnye ank sedara aku sorg nie, huhu
tentang aku pula?,... herm
 sebenarnya, aku adalah org yg sgt penakut pada doktor, pada darah, pada ubat & yg paling menakutkan HOSPITAL!
aku takut kena suntik, amat takot tau! serius!
beberapa bulan yg lepas sewaktu aku masuk wad sekejap pon aku dah trase amat siksa! wuarrrh! xsuke hospital!!
aku cuma mampu lihat dia disuntik, kiri dan kanak tangan serta badan penuh dengan pelbagai wayar,
di dalam hati ku terdetik,... TABAHNYA si kecil ini,..
ape yg dia mampu buat hanya menangis, mengadu pd kami tentang kesakitannya...namun semangatnya tetap masih kuat, sewaktu bius masih ada dibadan pun dia masih kuat menyebut untuk ke taman,.... "naman,... naman... "katanya, sampai tertidur semula, aku betul2 mengkagumi ketabahannya,
 di sana juga aku melihat pelbagai penyakit berkaitan jantung,
ada yang sudah berapa kali menjalani pembedahan,
ada yg mengidap jantung berlubang & ada juga jantung yg menggunakan bateri,
sadisnya mereka semua cuma seorang kanak-kanak, ada juga yg hanya sekecil bayi,
begitu hebat ujian yg Tuhan berikan kpd mereka, hanya dengan usia semuda ini..
mereka menerima kesakitan yang xmampu digambarkan dengan pandangan kasar,
hanya mereka yg menanggungnya akan mengerti,
namun yg buat aku tersentuh, mereka tetap Tabah, lebih tepat aku katakan mereka cukup tabah!,
hari2 menelan ubat, disuntik ubat, digantungkan air suling dan dipasang wayar kiri & kanan, mereka tetap masih mampu tersenyum, masih mampu ketawa,... 
 tiba2 aku tersa malu, malu dengan diri aku yg sudah sebesar ini masih penakut, masih xyakin dengan ketabahan diri, masih takut mengambil darah,...huhu malunya,...:(

ada keinsafan yg aku temui dalam pengalaman ini, hidup kita adalah Kerana Allah,
anything that happen towards us is for a reason,
reason that we might not know,
reason that we never know until we through it over....

aku terasa malu, bila diberikan sedikit dugaan aku kadang kala mudah melatah,
mudah putus asa, beranggapan yg bukan-bukan seperti kurang yakin dengan kehendakNya,
sedangkan mereka.... diuji dengan ujian yg lebih hebat,
namun mereka tetap tabah,..

apepun, aku bersyukur kehadrat Ilahi,
dgn kesenangan & kesihatan yg diberikan,
dengan rahmat & limpah KurniaNya,
aku masih mampu berdiri hingga kini,...
semua ini kerana apa?  Kerana sesukar mana pun kehidupan kita, kita tetap masih ada Tuhan,
 kita tetap masih ada Allah di sisi kita,... :)

Semoga aku tidak akan penah lupa mengucapkan kata2 ini,...
Alhamdulillah :_