Sunday, May 1, 2016

HOLIDAY KRABI, THAILAND : Day 2

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas bebas di muka bumi Allah saat ini. Syukur. :)
Hari ni nak sambung story backpacker Krabi yang tergendala sejak beberapa bulan yang lepas. Nampak sangat malasnya yer kan?
*******
Ok pagi 2nd day we all pusing pusing bandar Krabi Town untuk cari breakfast sebelum En tour guard pick up we all di hotel untuk ke Pantai Aonang pulak.  Bandar Krabi ni memang ala-ala pekan kecil yang tenang dan damai je kalau pagi-pagi. 

Disebabkan kakipon dah beransur pulih, gigih jugak la menapak dari hotel sampai ke tepi sungai sebab nak bergambar dekat Replika Ketam yang jadi trade mark kalau g Krabi. Bandar Krabi ni macam berdekatan muara sungai, so akan kelihatan aktiviti menjala ikan dan sukan air macam berkayak.

REPLIKA KETAM, BANDAR KRABI


" Inilah geng backpacker saya kali ni, Ida namanya :)"

" Group picture of the year!"


" Bandar Krabi pagi pagi ni tenang je, 'rare' kan patung atas traffic light tu"

" View perkampungan nelayan tepi muara sungai Krabi"

Gigih jugaklah cari tempat untuk breakfast pagi tu,terjumpa satu cafe halal namanya "Kopi Kita" yang terletak betul-betul bertentangan dengan Replika Ketam tu. Deconya hipster ala-ala cafe kat JB tapi sayangnya blom bukak lagi. Jam 10 pagi baru bukak. Tour Guide we all nak datang jam 10 pagi so xdan la menunggu so we all terus pergi makan tempat malam tadi iaitu Abdullah Halal Food


" Sejenis cawan yang  di serve kat cafe ni. hikhik"

" Halal food here "

" Deret kafe Kopi Kita ni ada kedai jual souvenir Thai, Meh singgah!" 

Perjalanan ke Aonang makan masa dekat setengah jam jugak so takot kelaparan pulak kita. So lepas isi perut we all pon beramai-ramai naik motor sapu balik ke hotel untuk check out sebab tak larat nak jalan oi.. Rupanya we all dah jalan dekat 2km dari jarak hotel we all. Hilang semua lemak haishh... Upah motor seorang 20 bath jer.

Tour guide we all sampai terus je bawak we all ke Pantai Aonang! Pada mulanya ada salah faham sikit dengan tour guide we all sebab dorang terus bawak we all ke jeti sebab ingat we all terus nak g Island Hoping. Tapi we all nak g esok. So dia pon bawak we all ke Aonang untuk check in. Tapi Alhamdulillah, merasa gak we all g jeti tersembunyi ni yang viewnyer Subhanallah. Heaven! EHH berapa banyak we all darh!!

"Inilah private jeti untuk ke Hong island, at last we all tak pergi pon"



Nasihat aku, bila pergi Krabi survey betul-betul mana you all nak pergi. Jangan jadi cam aku. menyesal tak sudah. Nanti story! gitu! Ok Sambung balik perjalanan we all ke Pekan Aonang untuk check in hotel di sana. We all tdo dua malam kat sini sebab saja nak tenangkan pikiran. Hari ni just pusing-pusing pantai Aonang dan esok baru pergi Island Hopping.

AO NANG ORCHID RESORT KRABI

Haa ni nak story tentang hotel dekat pantai Aonang ni memang banyak sangat. Pilih jer you all nak jenis apa, nak jenis bajet, jenis mewah ataupun jenis santai. We all pilih hotel yang dekat dengan pantai Aonang baru la dapat fefiling beach holiday. gitu?..

Alhamdulillah ini lah yang dinamakan rezeki, time we all booked hotel ni ada offer 70% less. Harga asal khabarnya lebih kurang RM400 per nite. Tapi untuk dua hari we all dapat harga RM 270 included 2 day breakfast. Gila tak murah? Itulah orang kata rezeki. Hihi.

Sesuai la dengan harganya, memang puas hati sangat la hotel yang ala-ala resort ni. Tak caya meh belanja gambar la





" Bilik hotel view Pool"
" Macam honeymoon lagi sekali aje "


Lepas check in, berehat, we all keluar untuk pusing-pusing Aonang dengan sewa motor scooter. Harga sewa scooter kat sini murah tau. Jauh beza ngan time kat pulau pangkor dulu. Haishh Malaysia apa nak jadi ek.. sume mahal. Sewanya kira 24jam. So kalau pkul 3 ptg pick up, next day pkul 3 ptg returned. 200 bath jer.. Syarat kena tinggalkan satu passport . Mayb takot orang bawak lari motor kot. Condition memang tip top!

" Honda okay, beach ko hado?"

Lokasi kedai sewa motor ni berdekatan dengan 7 Eleven depan hotel kami. Kalau dari jalan Krabi Town nak ke pantai Aonang belah kiri okay. So kunci motor dah di tangan, cuaca sangat indah, apa lagi, Jom Ronda!

PANTAI AONANG, KRABI


" Mercu tanda Pantai Aonang, Todak!"

" Mercu tanda ni betul betul bawah replika todak. Rugi kalau tak berjumpa.hikhik"



" Diorang ni nak g Island Hoping rasanya, tapi hipster betul boat dia ek?"



Kalau orang lain biasa datang Krabi untuk shopping sakan, tapi lain pulak dengan we all. Hari tu we all spend time untuk explore makanan kat Aonang jer. Yerla blogger cakap sume makanan kat situ sedap tak hingat. Apa lagi we all memg Thai food lover dan pernah makan kat Songkla yang makanannya pon memang sedap2 sangat. So teruja nyer lebih sket la bila dah sampai sini... Gerai makan halal kat sini banyak! Apa lagi Jom Makan!!


" Makanannya sume panas-panas. nasi pon beras wangi, nyum nyum"


" Pulut + Vanila Ice Cream + Fresh Manggo = Ko Gase? Melting!"

" Nasi goreng seafood paling sedap di alam semesta! FYI, 3 hari dok ulang-ulang makan nasi ni je sebab sedap sangat"

Pusing-pusing sampai senja, ambil angin tepi pantai. Fefiling sunset, makin malam orang makin ramai...




AONANG NIGHT MARKET, KRABI

Ikut survey aku, barangan di jual kat sini lebih mahal dari night market weekend yang we all pergi di Krabi Town hari tu. Tapi jangan tak tahu, kedai di Pantai Aonang ni sentiasa bukak sampai malam. Berbeza dengan Krabi Town Night Market dibuka sabtu ahad sahaja. 

" Suasana malam di pantai Aonang"





Bila malam, night market kat pantai Aonang ni memang happening sangat, kedai-kedai ada banyak pilihan dan boleh tawar menawar. Siapa pandai bodek dapatlah harga murah, Restoran dan gerai makan pon ada tinggal nak pilih je. We all pusing-pusing untuk book paket Island Hoping esok. Banyak pilihan tetapi semoga ada tidak tersalah buat pilihan. Cam aku,,, punah..

Ok, mata pun dah kuyu time tu, padahal jam baru pkul 10 malam (kat jb dah 11 malam wei!), so meh la kita balik ke hotel. Esok story Island Hopping 7 Island!.. Pengalaman yang tak dapat dilupakan... Nak tau kenapa? Tunggu......

Till Next entry... Behave & Happy Labour Day You ALL :)