Thursday, October 15, 2015

FAMILY TRIP DI ENDAU BEACH RESORT, MERSING

#ASSALAMMUALAIKUMDONIA!

Ok 2 day in row rajin pulak nak update blog aku yang tak seberapa ni, kekadang fefiling mengimbau kenangan holiday dengan yang tersayang memang best, mana tau ade rezeki leh repeat trip :)

Next entry aku kali ni agak pendek sebab kitew cuti-cuti dalam negeri je, 
#kemanakitewnih??.

"#ENDAU BEACH RESORT, JOHOR"

HAA, dengarnyer kat Johor tapi jangan anda tak tahu, negeri Johor ni beSAR!
ada 11 daerah dan Endau ni terletak di area Daerah Mersing.

Kali ni pergi bukan berdua, tapi satu family! Yeah #my family.. hew hew, Kami pergi dalam hujung bulan 2 masa tu, (Okey tau dah leh masuk muzium lamanyer ek,,)

Perjalanan dari Kota Tinggi ke sana makan masa lebih kurang 2 jam jugakla & kalau dari bandar JB macam family aku pulak lebih kurang 3 jam la bergantung kepada kelajuan anda.
 Sampai-sampai time tu dalam pkul 12 tengahari, disambut pulak makcik gerai tepi jeti Pantai Pasir Lanun yang jual keropok lekor mersing digoreng panas-panas,,, hew hew.. 
apa lagi RM10 keropok lekor pon boleh habis tau!
"Ini view sepanjang perjalanan masuk ke pantai pasir lanun, suka sangat fefiling desa ditepian pantai"

" Bestnyer kalau leh main lari-lari kat padang rumput ni macam dalam filem hindustan tue,, hew hew"

Sampai jek Endau Beach Resort tu, bukan pantai yang buat kami teruja, tapi chaletnyer yang buat kami teruja, ok belanja gambar jekla kalau xcayer!

" Entrance masuk dye sangat garden & green!"

"Office chalet"

"Restaurant & reception"
"Kesukaan kanak kanak! Swimming Pool!"


"Ada pool untuk kanan-kanak & dewasa"

" Ini bilik we all, Garden view satu malam just RM150, amacam? Cantikkan?"

" Yang ni lebih kurang sama bilik family yang lain"


"View dari verandah bilik kami, Yeah bilik kami ada verandah okey!"
" Chalet dye terletak bertingkat-tingkat, so sesiapa yang agak bawak anak-anak tu hati hati yer"




Terpegun tengok keindahan dan kebersihan landskap kat resort ni, Seriusly memang sejuk sangat mata memandang, rasenyer ni chalet terbaik kot dalam Johor ni. Dalaman chalet pon semuanya baru dan moden,




"Tak jangka pon chalet ada toilet cantik dan bersih cam ni"

Setiap bilik, deconyer lain-lain tapi semuanya selesa dan bersih, yang penting enviromentnya sgt private dan refreshing!. Time we all datang tu bukan musim peak season, so tak ramai orang, jadi maksudnya Chalet ini kitew punyer!!


"Haa nampak tak #untuk kitew kitew ajerr (xde orang lain)"

" My lovely niece- Cik Nana"

" Adam steady je fefiling big  boss"



Disebabkan asyik dok melayan cik kak sorang ni sampai aku lupa nak snap gambar anak sedara aku yang lain, ..hew hew, ape lagi anak sedara aku yang lelaki dua-dua pakat nak mandi kat kolam orang dewasa, amboi amboi syoknyer dye ek. sebenarnya itulah tujuan utama they all datang sini, sibuk nak mandi kolam & main pasir pantai.. budk-budak memang cem gitu..

Petang tu kami mandi di pantai Pasir Penyabung, haa pantai ni cantik sikit dari kat depn chalet we all, tapi sebenarnya air tak berapa nak cantik, mungkin baru nak habis musim tengkujuh kot.. tak apela janji we spend all day together bersama-sama dah cukup happy!





" Sibuk nak suruh kita buat istana pasir tak habis habis"

 " budak genit jiha baru jumpa pasir, excited betul"

 " Hai saya fefiling  santai di beach"


Dan aktiviti seharian kat sana hanyalah habis mandi, mandi dan mandi, biasalah b udak-budak dan air tak leh dipisahkan. Petang tu gigih panjat anak tangga chalet just nak tengok apa ada kat nun atas tu.


"Dua beradik ni kalau bab posing kasi kat they all, tak diajar pon,pandai sendirik"

" Tiga beradik sedara tak kan terpisah kata nyer"
Azri Azizi, Alya Adriana , Adli Putra


 " Landskap dye kemas kan, ala-ala village sangat memang best"

"Placing pulak adik aku nih"

Haa disebabkan petang tu we all fefiling picnic depan chalet (gambar lupa nak snap sebab dah lapo sangt), malam tu we all decide untuk keluar ke pekan rompin untuk cari makan. Malam tu we all makan di Restoran Nusantara, Endau - Rompin, Tempatnya ala-ala nusantara gitew sesuai dengan namanya.. tapi harga gak mahal sket, tapi boleh la setakat nak isi perot kan. Inilah antara deconyer..



 "Singgahsana pon ade hokay, jgn memain"

" Haa toilet restoran pun siap ada air pancuran, rare kan?"

" Ok ni view lampu memalam kat sini, memng romantik sungguh"

" Maapla hp tak berapa nak canggih so gambar agak blur"

Lepas makan, tak g mana-mana terus balik tido, Maklumlah anak-anak semua dah kepenatan mandi laut & kolam sepanjang hari...

Sebelum check out tengahari budak-budak macam biasa la mandi lagi,  dan lagi.. macam biasa sebab xde orang so pool itu kitew punya lagik!!.. hihihi

Ok check out ham 12 tghari, time tu balik, bergambar la kenangan dulu sebelum balik ye tak?

 " Bergambar dengan ibu tersayang kitew ler"



" bab posing memang dye win!"


Tapi sebenarnya cuti kali ni kurang lengkap sebab my dad tak join skali, biasalah dye asyik kerja je mana nak join, puas pujuk tapi tak nak g, tu yg gambar macam tak lengkap, tak perla next vacay InshaALLAH kitew berkumpul lagi, 

Haa pada sesiapa yang rasa berminat nak g resort ni boleh usha web kat bawah ni,


Better you all datang lepas bulan 4 so airnyer cantik sket, kalau dalam musim tengkujuh takut air tak berapa ok so pemandangan kureng sket, apepon Ciptaan Tuhan tiada yang cacat celanya, Okla dah smpai mersing jangan lupa keropok lekor mersing ok, wajib tuu..

Till next entry!...
XOXO