Saturday, October 10, 2015

1 DAY 'JIMBA' AT SUNWAY LAGOON

Haluu!!
Entry kali ni gi mana pulak yer??
Ok sebenarnya ini still trip #pikamadytothemoon episode 1 balik dari Pulau Redang  setahun yang lalu....

So ke mana kite nie??
Mari bermain main air kart sini!!



Hokay nak story pasal taman tema kat bandar sunway ni, mula-mula tak terlintas pon nak g sebab gasenya taman tema ni sama je cam taman tema yang ada kat entire Malaysia ni. Tetapi disebabkan tarikan baru kat sini yang "menerujakan" , So pergi la jugak untuk rasai sendiri pengalaman main...


"VUVUZELLA!! WUHUW"

Aku difahamkan 'vuvuzela' ni antara yang terbesar sekali kat asia. hokay nampak tak betapa menariknye water park ni sebab fefiling kita masuk dalam terowong masa doraemon tau! ehh?

Disebabkan nak mulakan berjimba di awal pagi, we all decided menginap dekat je ngan Sunway Lagoon. Jangan risau area bandar sunway ni ada banyak hotel bajet yang bersih dan murah. Masa tu we all pilih menginap kat Time Hotel Bandar Sunway, ce la google maps tengok kedekatan lokasi hotel tu dengan Sunway Lagoon ...whoot whoot!

Harga memang bajet betul iaitu RM100++/nite. Hotel ni highly recommended la sebab design baru, hotel baru, facility sume baru lagi, deco pon thump up! dan yang penting sangat dekat dengan tempat tujuan asal kita iaitu Sunway Lagoon!!

Tiket masuk Sunway Lagoon  pula around RM108++ / person. memang "mandi" la harganya sesuai dengan temanya mandi manda, tak gitu??.. (kalah harga hotel aku satu malam)

Tapi disebabkan time tu aku ada coupon loyalty Watson card, so dapat la aku beli tiket murah sket tak silap 50% off. Haaa itu rezeki bulan madu namanya... Hehehe

Ok meh la belanja gambar sket sepanjang dalam taman tema tu manalah tau ada yang gase nak pergi lepas ni hokay?

"Gambar wajib depan hotel sunway lagoon"
"Sila abaikan muka donut dan nikmati taman tema yg indah!"
"Bungee Jumping Seram amat!"
"Jambatan gantung ni buat hari seriau aje tau, kalau berani naik la!"
"Time gi ni bukan peak season so boleh horee horee"
"Naik itik kedek kedek ler kitew :P"
"Disebabkan takot mascot a.k.a badut2 end up bergambar ngn 'mascot batu' sunway lagoon jer #pon boleh"
Banyak games boleh main kat dalam theme park ni, samada awaa larat ke tak aje..
FYI ada 5 tarikan utama park  kart sini iaitu :

WATER PARK
AMUSEMENT PARK
WILDLIFE PARK
EXTREME PARK
SCREAM PARK

Tapi tak semua aku dapat main disebabkan ada beberapa games yang ditutup (renovation), sebenarnya dalam hati ada lega sebab tak payah naik roller coaster Lost City of Gold Scream Coaster  sebb during that time under maintenance.. hihi.. Alhamdulillah, terlepas bala.. Kalau tak confirm en mady ni paksa naik jugak benda tu macam kena paksa naik BattleStar 'HUMAN VS CYLON" kat USS dulu,,,wuaaa tak nak!! serik!

Suggestion aku kalau nak g sini better main water park last, kira baju basah last2 nanti, so xde la rasa xselesa kena  kehulur hilir dengan baju bsah kan, settlekan semua park lain dan end up @ water park!,

Hokay harap entry ni agak membantu untuk seshiapa yang gase gase nak cari tempat untuk hilangkan stress yang dah bersarang lama kat benak anda-anda semua hokay?..

Okay Next entry akan menyusul ikot mood,, agak-agak kemana kita lepas ni ek???

Tunggu... (Eceh perasan ada orang baca post aku nih?)

Till next entry....

XOXO!

No comments: