Wednesday, October 14, 2015

PORT DICKSON 2015 #PIKAMADYTOTHEMOON






#ASSALAMUALAIKUMDONIA!

Short entry ni tentang short vacay we all awal tahun hari tu, peh dah nak msuk tahun baru baru nak update kat blog!, that why ia panggil "BERSARANG"!, Kalau orang preggy dah deliver dah oii..

Kalu g nogori sembilan apa yg terlintas kat benak anda? offfcoz la pantai PD kan??
 Ha #kemanakitanih, ??

#PORT DICKSON!


PD ni memang terkenal dengan pantainya tempat orang bermandi mandi dan aktiviti air, tapi TAHUKAH ANDA?, PD sebenarnya ada tarikan lain yang tersendiri, nak tahu ape dye??
Hurm biar gambar jekla berbicara okey?

1) #MUZIUM TENTERA DARAT PD

Anda boleh jumpa macam-macam jenis kenderaan tentera, dari zaman penjajah lagi hingga sekarang, yang menariknya tempat ni ada jambatan gantung dan terowong bawah tanah yang menunjukkan bagaimana tentera hidup bawah tanah sewaktu penjajahan asing. 


"Ce imagine kapal perang atas kepala you all?? cee laa?"
"Jet pejuang you all!"

"Kereta tanah melayu pon tak setua ni aku rasa"


 " Bahagian dalam muzium pon ada macam-macam jenis kenderaan lama, dari basikal, motor dan kereta"


"Ada capsul masa dalam ni, yang menyampaikan pesanan dari Panglima tentera tahun 2008 kepada Panglima Tentera tahun 2033, menarik kan? apalah yang dia perkatakan, ntah bahasa apalah yang dia gunakan"

#TEROWONG BAWAH TANAH

"Entrance masuk terowong bawah tanah sepanjang 142m" seram"

 "Cahaya lampu amat limited, yerla nak buat sebiji time kitew berada dalam suasana tentera bawah tanah gitew"

 "Ahli mesyuarat tingkap sedang berbincang lauk apa nak masak hari ni kot? #justjoking"

 "Ok dah nak sampai hujung terowong!"

 "Khusyuk nampak baca sejarah?"

"Area luar ni ada jambatan gantung & tempat melepak mana tau bawak bekal nak makan reramai"


"Jambatan gantung ni just leh naik dalam 10 orang dalam satu satu masa" tingginyer boleh tahan la, sapa gayat jangan gegatal nak try hokay!"

Ok lupa nak cerita pasal entrance fee kan? HAA ni yag best nak citew masuk dalam tempat ni FREE!!, Ye betul FOC

So nak bawak berapa ramai pon boleh xde masalah. Kat sini juga ada gerai-gerai kecil jual snacks, minuman dan ada cafe untuk sesiapa yang terasa lapa, ada juga disediakan tempat permainan kanak-kanak so xdelah anak-anak kitew rasa boring, 

Kat sini ada terbahagi 3 kawasan,
 muzium luar (pameran kenderaan tentera & pelbagai jet pejuang)  
muzium dalam (siap ada laut buatan lagi fefiling kita kat atas jeti sg Melaka zaman 1940an gitew, sound system terbaik pulak tu! & terowong bawah tanah (fefiling zaman jepun okay!)

 Tempat ni sesuai bagi pencinta sejarah, aku ni memang suka pergi tempat-tempat bersejarah cmni, sejarah kan membuat kita mengenal erti hidup.. ye tak? OK kat bawah ni waktu lawatan, jangan g salah hari yer, takot-takot tutup pulak
RABU – AHAD
10:00 pagi – 5:00 petang
Waktu Tutup
Isnin & Selasa

2) #PANTAI TELUK KEMANG, PORT DICKSON

Macam biasalah kalau cita pasal pantai kat PD tak pernahnyer yang xramai orang, aku ni pulak kalau dah tengok manusia reramai ni mula la tak de mood terus nak bermandi manda, so snap picture jekla buat sedapkan hati.. lagipun airnya tak berapa nak bersih, better cuci mata tengok pemandangan dah cukup.
Kat pantai ni ada kedai souvenir, kedai aktiviti pantai macam banana boat, kedai makan dan taman permainan kanak-kanak. Ada jugak la aku tengok they all fefiling camping dekat persisir pantai PD ni, kalau g reramai bestla kot, kitew ni pergi bedua je kalau nak bercamping macam bahayerla juga. 
Ok blanja gambar jekla kitew!






3)#CAPE RACHADO LIGHTHOUSE

Satu lagi tempat wajib pergi kalau kat PD ni selain pepantai yang lelambai ada satu rumah api yang sangatla legend kat Malaysia ni. Lokasinya terletak kira-kira 18km dari bandar PD yang terletak di Hutan Rekriasi Tanjung Tuan. 

Untuk jumpa rumah api ni anda perlu berjalan kaki sejauh 800meter untuk sampai ke hujung rumah api ini. di kawasn ini juga terdapat TAPAK KAKI HANG TUAH katanya, tapi sayangkan disebabkan kepenatan berjalan dan perlu meredah hutan cancel la planning, masa pulak orang tak berapa ramai, baknyer sesat nanti sapa nak cari kami?..hew hew.. Ok ni la gambar sempat snap sepanjang perjalanan kami...

Entrance Fee :

RM1.00 



Dek kerana jalannya yang boleh tahan jugak mencabarnyer, dinasihatkan bawa bekalan air minuman takut-takut kehausan, Sepanjang 800m ni pon ada sediakan beberapa perhentian untuk berehat. 

Dekat pintu masuk tu ada sediakan tandas awam dan bila dah sampai dekat rumah api nanti dah tiada toilet ok harap maklum.



Nampak tak en mady asyik menjamu permandangan rimba sampai kitew dye tinggalkan kat belakang, Sampai kat rumah api ni kena daki anak tangga lagi.. Kalau yang gase nak bawak budak-budak tu sila la pikir dua tiga kali yer, bukan apa takut you all yang penat kena mendukung anak-anak tu nanti.. Bila sampai je kat rumah api tu, tengok permandangan laut yg terbentak luas depan mata, MasyaALLAH, cantik sungguh.

 "Gambar tangga lupa pulak nak snap (xpe kasi surprise pada yg belum datang lagi)"


 "View dari atas rumah api belanda!"


Ada satu yang mengganggu mata aku adalah kebersihan dan keadaan persekitaran hutan rekriasi ni, Macam kurang dijaga sket, contohnya jalan nak ke tapak kaki Hang Tuah tu hampir tak kelihatan sebab papan tanda dan rosak, walkway pon dah uzur tak 'maintenance'. Tu yang kami decided tak nak teruskan masuk ke walkway tu sebab rasa tak selamat . Sedangkan dalam tu ada beberapa lagi tempat menarik iaitu PERIGI KERAMAT, PERIGI BELANDA, KAWASAN PERSINGGAHAN BURUNG HUTAN SERATA DUNIA (tak berapa nak kenal jenis burung).  



Alangkah bagus kalau disediakan toilet awam, sekali dgn walkway yang selesa dan selamat untuk pengunjung.Aku rasa kalau bayar lebih sket pon xde hal asalkan terpelihara. Kita pengunjung pun akan rasa lebih selamat berada dalam kawasan itu ye tak?


Ok cmne nak ke sini? Sedikit tips untuk sesiapa yg rasa nak bakar lemak berlebihan kat badan tu.. hew hew~

1) Dari Jalan Pantai masuk simpang ada papan tanda Casa Rachado Resort terus menuju Entrance Hutan  Rekriasi Tanjung Tuan
2) Jelajah Hutan Rekriasi ni (fefiling jungle tracking) ambil masa kira-kira 2 jam.
3)  Bawa bekal air minuman sebab takde kedai jual minuman pun dekat situ
4)Berhati-hati dengan pohon pokok yang patah sepanjang perjalanan mendaki ke rumah api
5) Toilet hanya disediakan di entrance masuk Hutan Rekriasi sahaja

Lupa pula nak story pasal makanan dalam entry ni, jangan risau kat PD ni ade banyk tempat makna yang best, Femes kalau kat PD apa lagi kalau bukan ikan bakar, sepanjang jalan persisir pantai tu sentiasa ada kedai makan yang penuh dengan manusia. Cadangan tempat makan aku di PD adalah di

" MIMI SEAFOOD VILLAGE."

Lokasinya terletak di Jalan Kemang 6, laluan Jalan Pantai. makan fefiling dekat pondok tau.
 dah namanya makanan laut tentulah makanan yg ada semua makanan laut, tapi serius cakap masakannya cengginih! (Thump up!), harga pon leh tahan berpatutan. Deco restoran pon ala-ala kampung dan santai sesuai bagi family yang besar. Lokasinya pun tak berapa jauh dari jalan utama so senang nak cari, Kalau gase nak try ce la foursquare mesti senang tunjukkan jalan,

Time tu lapa yang amat so xdan nak ambil gambar.. hew hew. Habis makan we all spend masa g fun fair yang ada kat bandar PD, PD Waterfront (jamu mata tengok lampu pokok ala-ala tepi stulang tue) dan end up balik tempat kami menginap iaitu Klana Beach Resort Port Dickson. 

Apa yang best tentang hotel ni adalah hotel yang berciri islamik and balai cerap anak bulan depan je hotel ni, Owner bersama hotel ni pon milik Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. So bagi couple yang hendak menginap mestilah tunjukkan sijil nikah baru leh check in, Bagosla tu boleh mencegah maksiat kan. Poolnya juga terbahagi kepada dua satu pool untuk perempuan dan satu lagi untuk lelaki, menarik kan?



Ok, Itu jekla entry PD untuk kali ni.. Kesimpulannya PD best jugak tapi mayb orang dh biasa describe PD dengan hotel2 mewah macam Lexus & Avilion.. So aku lagi suka decribe PD on the other side,. Bagi aku itu optional utk semua orang, as long as we happy with our journey it should be more than enough! so  harap membantu pada sesiapa yang tak pernah lagi jejalan kat bandar PD tue kan.. till next entry... mata pon dahh ngantuk, sambung lagi bila ada mood hokay! Till next entry ...TAKE CARE!

XOXO








No comments: