Saturday, October 10, 2015

"NA NA NA NA NA GANU KITEW"


KE mana kita nie??

#KUALA TERENGGANU

Haa, nak share sket apa ada kat "Ganu Kitew" dalam short entry ni. Manalah tau ada seshiapa rasa berminat nak jalan-jalan kat negeri penyu Malaysia nie kan??...

|Trade Mark Kuala Terengganu gasenyer ni|

FYI, Taman Tamadun Tamadun Islam, Masjid Kristal & River Cruise adalah dalam kawasan yang sama, pakej kan?,
bila ada kat satu tempat so akan jimatlah sket kos kita ni.. huhuhu

Q : Apa yang best kat sini? Describe dalam seminit!
A : Taman tamadun islam ada monument park (kalau gase nak fefiling amik gambar kat TAJ Mahal, Sila sediakan RM20++),
Ada kedai souvenir jual FM, key chain (leh buat oleh-ole dari Ganu),
Keindahan Masjid Kristal yang tersangat la berkilauan (Silaunyer hamba!),
River Cruise leh buat Island Tour atau pusing-pusing Sg. terengganu
(Paddle boat pn hado okay, Harga RM20++),
Makan sedap dekat Laman Selera B-Beteng (ABC dye aummm tau!).

Q : Belanja gambar ?
A : There you go! (Scroll Bawah Please!!)




Inilah Masjid Kristal tue!,
(Amaran : Seshipa datang time matahari terpacak sila kawal mata anda kerna dikhuatiri during that time paras takat silau 100 %!!)



Maap gambar terpaksa di B&W kan atas sebab keterikan cahaya matahari, Selca depan TTI le kitew :P


Fefiling have a break dekat riverside yang cantik ni sambil makan ABC Special dekat Laman Selera ni memang nyaman banget!


Kalau pergi Ganu jangan lupa tau cari SATAR bakar yang femes emes tu, !! rasanya sedap ke? aduhai, tak dapat nak describe kesedapannya,
ce try dululah confirm jatuh cinta! gituu?


Pada yang tak pernah makan tue ni nak story, makanan ni dari isi ikan, macam otak otak tapi bukan otak-otak, haa gitu la ceritanya, kelapa parut pon ada dalam tue, bungkus ngan daun (sejenis manusia yg tak kenal jenis daun, so jgn tanya daun apa) then bakar pakai dapur arang batu, ce la awok makan panas-panas, fuhhh!!.. Kompem awok tak nak berhenti makan tau!

Ok satu lagi makan femes emes yang orang lua dok cari kalau datang pantai timur ni adalah .......


KEROPOK LEKOR TERENGGANU MENGGABANG TAPAH!!
Kan? kan? mesti nak cakap nama dye cam exotic gitu kan?


Seriously ye 'pah' nak bagitau ni kalau datang ganu tak sah tau klau tak borong keropok kat sini, Alhamdulillah time teman datang tak ramai orang pulak sebab pepagi buta dah sampai situ kan, tapi kalau peak season beratoq panjang dua jam, gitu?.. apa yang istimewanya keropok ni bukan setakat sos dye yang secret recipe tau, tetapi keempukan keropok itu sendiri yang lembut dan isi ikan banyak dari tepung, haa ape lagi,, cuba lah!!

Hokay, tamat short entry "GANU KITEW", jumpa till next entry hokay??

xoxo!

No comments: