Wednesday, October 7, 2015

REDANG MUTIARA BEACH RESORT #PIKAMADYTOTHEMOON


#ASSALAMMUALAIKUMDONIA!

Hai you all! (haish still perasan ada makhluk yg membaca entry aku ni?).. whateva lah... ok entry travel untuk tahun ni kira #throwback tahun lepas punya trip. Mak ai genap setahun baru nak update kat blog (@-@) #bersarang bak kata en madyku.

~~~okay~~~

#Pikamadytothemoon Offically Start!!.

Ke mana kita ek??



Kita ke MANA? KITA KE PULAU REDANG!

OK time tu 2 minggu leps tarikh perkahwinan kami iaitu pada 16 JUN 2014 ~ 18 JUN 2014

Ini officially the sweet escape yang pertama untuk we all. sebab apa aku cakap cm tu? sebb since we all kawan dari 8 tahun yang dulu, we all tak pernah dapat hang out berdua without our family supervision. maklumlah belum ada ikatan sah.. so "jgn nak mimpi" bak kata mak aku.. huhu

So sebelum kawen dulu dah berangan-angan lepas kawin nanti nak pusing satu Malaysia tengok tempat orang, tengok alam ciptaanNya. Alhamdulillah, diberi keizinan untuk mulakan operasi #pikamadytothemoon!!

Ok bertolak dari Skudai jam 10.00 malam waktu tempatan, haluan yang encik pilot cadangkan adalah laluan segamat - muazamshah. menaiki debab kesayangan dan jangka sampai subuh ke Terengganu.

Pengalaman pertama travel berdua memang agak gementar, tambah-tambah lagi jalan ke pantai timur yang gulap gelita pada malam hari.. huaaaa apa lagi encik pilot suruh tutup mata tido. Dia tahu aku ni mahaa penakot...huahuahua..

Sampai kuantan lebih kurang jam 2.30 pagi.. jalan sunyi sepi.. kiri kanan xde kereta.. dan we all hampir sesat sebab tak jumpa roundabout nak ke kuala Terengganu. Tapi Alhamdulillah, kami terserempak satu kereta peronda polis.

1st time jumpa polis yg baik sgt cmni.. abe polis tolong escort kami patah balik dan tunjukkan jalan ke kuala Terengganu.

Selesai tugas saya sebagai "navigator", tdo lagi ..... zzzzzzzzz

Alhamdulillah sedar sedar dah sampai Masjid terapung Kuala Terengganu.

| Total jam perjalanan skudai - kuala Terengganu = 8 jam |

| kuala Terengganu - jeti merang 50 minit @ 45km) |

Tiba di Jeti Merang jam 8 pagi.. cari bekalan sarapan dulu kat stesen minyak sebelum mula gerak ke jeti dan bot akan bergerak kira-kira jam 8.45 pg..kat tepi jeti ada beberapa kedai souvenior jual baju, key chain, topi.. FM..DLL. Harga boleh tawar tapi kalau awok tak pandai 'tawar' end up hati awok yang 'tawar' terus nak membeli . huahua

Bila dah nak naik boat tu, perasaan ni Nebesnya jangan ckp la.. maklumlah sebelum ni g langkawi naik feri, ini kena naik speed boat... aduhai Tuhan je yang tahu betapa nebesnya saye.. huhu

Jam 9 mula bertolak naik speed boat ke
REDANG MUTIARA BEACH RESORT,
Yuhuw macam naik roller coaster hokey!, laut agak bergelora pagi tu, sampai je kat jeti resort, Ya ALLAH, birunyer air laut hoii.. Yuhuw!! malas la nak cakap banyak, belanja gambar jekla hokay!



|Speed boat Jeti Merang - Redang Mutiara Baech Resort - 45 minit |


|View dari jeti mutiara|




| Pasir putih tepi pantai.. ombak saling berkejaran |



| View dari tepi bilik |




|Ikan ikan ni free style je kat gigi air|



Resort ni private so tak ramai yang datang pada satu satu masa, yang bestnya ada private beach so tak akan bersesak-sesak dengan manusia. disebabkan chalet kami depan laut so kalau ngase nak terjun boleh terus je meluru ke laut tanpa ragu-ragu :) so sini ada sikit tips nak share pasal private resort ni....



*REDANG MUTIARA BEACH RESORT*

3 DAY 2 NITE
RM 650 / COUPLE ++
CHALET SEAVIEW (AIRCOND) RATING : 2.5 *
LUNCH + DINNER (BBQ) + BREAKFAST (LIMITED)(1ST COME 1ST SERVE)
SNOKERLING 2 TIME (2 HOURS) / DAY X 2 DAY(INC REDANG MARIN PARK, TURTLE VIEW)- SPEED BOAT

Tempatnya memang amat cantik, cuma chaletnya agak old skull sket, so faham-faham la kat pulau jangan expect lebih yer. yang penting beach bersih, ikan boleh Nampak kat gigi air, dan view superb. Boat Snorkeling akan call out pagi jam 10 pagi dan ptg jam 2 ptg. so during that time chalet akan turn off they all punya electric (dalam erti kata lain they all memang paksa we all keluar gak time tu jangan duduk kat bilik).. huhuhu..

memang betulla apa di khabar, redang ni memang antara pulau yang tercantik dan bersih skali kat Malaysia. air dye biru sangat!.. Hari ke dua we all snorkeling kat taman laut dye, tengok pusat pembiakan penyu (tak ganu la kalau xde cerita pasal penyu).. tapi tak ada gambar sebab malas nak bawak hp bila lupa bawak waterproofing chasing :/.. so ni jekla gambar nak describe taman laut tu..


Dua hari tido kat sini asyik kerja mandi laut, snorkeling, makan, mandi laut, snorkeling, makan.. huaa tak nak belanja gambar sebab muka semua blackout!..huhuhu..tapi seriously tempat ni memang cantik, bersih dan sesuai utk orang yang nak lari dari kesibukan metropolitan. PEACE!


|snorkeling time!|

HOkay 3 hari 2 malam kat sini memang best. ada rezeki datAng lagi bawa anak pulak..inshaALLAH.... Belanja gambar 2 , 3 pcs lagi buat tatapan seshiapa yang belum pergi lagi tempat ni.manalah tau terbuka hati nak pergi lepas tengok kecantikan ciptaan Tuhan ni. MasyaALLAH..



| GAMBAR TEPI WALKWAY KAYU |



OKLA .. TU JEKLA KOT UNTUK 1ST TRAVEL ENTRY..


TILL next ENTRY..!!

xoxo ~~~

No comments: