Friday, July 15, 2016

HOLIDAY KRABI, THAILAND : Day 3


Assalammualaikum you all!, SELAMAT HARI RAYA!

Wah lama betul tak hupdate story kat blog kerdil ni, nampak tak tahap kemalasannya cem mane?. Hihi.. Disebabkan hari ni mood ada rajin sket, so nak tamatkan story backpacker krabi tahun lepas hari ini gak. So boleh la move on story ke tempat lain ye dak?


KRABI DAY 3 :

Pagi yang cerah itu, we all makan breakfast dekat hotel. Breakfast kat situ boleh tahan sedapnya, macam-macam jugaklah makanan ada mee, nasi goreng, roti bakar dan typical makanan hotel yang lain. 


Siap je breakfast terus we all keluar pusing-pusing pekan Aonang lagi, Island Hoping dalam jam 12 so masa pagi tu we all habiskan dengan ronda-ronda dengan scooter. Sedew gakla ble pikir jap g dah kena berpisah dengan si scooter cute warna merah tu, teringat pulak si Debab aku kat rumah. (Si debab adalah sejenis kereta okay).


" Long-Tail Boat Sevice Center "


" Krabi King Cobra Show,Masuk 500 bath per person" 

"Pantai Aonang"

Yang bestnya bila naik motor kat Thailand ni pembonceng tak wajib pakai helmet.So cik akak ble tak payah pakai helmet selamatlah tudung anda dari renyuk seribu kan? No..No.. No.. Disebabkan amalan civik yang diajar dari kecik kat Malaysia membuatkan aku tetap taat juga mengenakan helmet comel demi keselamatan. Gituu..







Jam 12 ada tuktuk pick up kami dia hotel untuk di bawa ke jeti Ao Nam Mao Pier. Jarak dengan hotel kira-kira 15 km. Ada lah dia pick up beberapa orang pelancong untuk sama trip dengan kami di beberapa hotel berdekatan.Sampai je kat jeti, we all diberikan kelengkapan untuk snorkeling yang dah termasuk dalam pakej. Time tu dah teruja rasanya sebab keseronokkan yang digambarkan oleh cik kak tourist semalam mula berenang-renang di dalam fikiran. Private Cruise katanya!, Gila tak teruja...  

Untuk Pakej Island Hoping hari tu kami amek pakej 7 Island Sunset Tour dengan harga 1800 bath per person dengan tour duration 7 hours!. Kami akan dihidangkan dengan sunset Krabi dan makan malam BBQ yang indah di sebuah private beach. Ok dalam mind fikir mahal sket takpelah asalkan dapat Cruise yang sedikit besar, ada toilet & dinner di private beach sambil nikmati sunset, Wow! Romanticnya!. Huh!



Bertolak dari jeti kira-kira jam 1 petang, kami kena naik long-tail boat hipster dengan kapasiti lebih kurang 30 orang. Katanya Cruise tu tak boleh pergi ke tepian sebab takut terkandas di dasar cetek. Ohh begitu, oklah kami pon naiklah dan ambil view sekitar perjalanan untuk sampai ke Private Cruise yang diidamkan.



Dari jauh kelibat cruise sederhana besar mendekati long-tail boat, malangnya, bukan kami sahaja yang akan naik cruise tu. Di dalam cruise itu telah sedia menanti pelancong lain. Bukan sikit!, ramai okay!, Tak apa, aku dan suami buat muka relax dengan harapan semoga dapatlah kami tempat duduk sepanjang trip ini yang dijangka tamat jam 8 malam. Alhamdulillah, dapat gak tempat duduk walaupun tak bersebelahan pada awalnya.



Sorry to say, hari tu nasib kami memang kurang baik, sebab apa? sebab kami saing pulak dengan group bangsa Si putih merah yang jenis cakap terpekik terlolong dan tak endahkan privacy orang lain sebab anggap group dorang aja yang bayar sewa cruise ni.. seriusly annoyed!. Bayangkanlah kerusi buat letak beg anak2 dia je, lepas tu sume angle dorang nak conquer!. Aku nak snap pic sini diaorang datang sini,aku nak snap sana, dorang bising kat sana. Tour Guidenye pulak macam tak nampak seakan merelakan sikap mereka yang berleluasa.

Suami aku cakap buat hal kita je, jangan diendah sangat they all tu.Okla aku pon palingkan muka dan nikmati view indah yang terbentang di depan mata.No choice!, kena pekakkan telinga la, ada juga beberapa orang yang sama kaum tapi aku tengok relax je, at last sempat we all bebual rupanya dari Malaysia. So aku syak team yang kecoh ni bukan origin Malaysia.




Air lautnya time tu agak hijau dan menakutkan. ombak pon tinggi, snorkeling pertama di celah pulau batu kapur yang ada beberapa boat lain datang sama membawa pengunjung memeriahkan kawasan tu.Nama tempat ni Koh Si. Suami aku ni boleh pulak confident terjun kat air tanpa pakai life jacket. Kedalaman? aku sempatlah menyelam ke dalam just nak amik anggaran berapa dalam dasarnya dan you all know what, ada dalam 10 meter aku agak!. Dalamnya la hai!. 


" Time ni jumpa dasar agak cetek, tapi kelibat sang hidupan laut kurang kelihatan, petang2 hari semua tidur bawah batu agaknya"

" Partner we all tak turun laut, segan katanya "

Wahai suami, anda ingat anda berada di pulau pangkor yang snorkeling dengan anak-anak ikan kecil di gigi air? Ini laut dalam sayang oii.. Ombaknya deras sangat macam kita duduk tepi pantai tunggu ombak kuat datang.. Haa macam tu la rasanya!, bayangkanlah pakai life jacket pon asyik telan air je, nak berenang pun payah. Cepat2 aku jerit suruh laki aku patah balik pakai life jacket. Bila selam untuk lihat view yang khabarnya terumbu karang cantik, hati sedikit hampa dan sedih bila nampak banyak terumbu karang dah mati. I is sad. Serius talk di Redang jauh lagi cantik. 



Its ok, ada lagi next location untuk snorkeling. Tamat sesi snorkeling jam kemudian we all dibawa ke Taming Island, Tub Island dan Chicken Island. Ketiga-tiga island ni hanya tengok dari dalam boat je sedangkan setahu aku kita boleh jalan atas sandbank yang connect Chicken Island dengan Mor Island?, Musykil di situ...Kenapa boat tak berhenti?

Melepasi Taming Island, cruise berhenti pula di pulau kecik batuan kapur berdekatan Poda Island untuk lihat aksi cliff jumping. Dalam boat tu ada satu family mat saleh yang sangat pandai berenang, anak lelaki dia aku agak baru 5 tahun kot!, Jelesnya tengok budak kecik pandai berenang.. Siap buat diving lagi dari atas yang aku agak ketinggian kira-kira 3 meter dari paras laut.HEBATNYERR!!





Suami aku cakap nanti kalau kita dah ada rezeki anak kita ajar anak kita berenang dari kecik, sebab apa? bila dah tua dan mua macam kitew ni kaki dan keras nak ajar pun dah payah. Huhh. Terasa tau!



Dekat pulau untuk pertunjukan diving tu memang cantik sangat, Airnya pun agak jernih dari tempat kami snorkeling tadi. Satu jam jugaklah  habis masa kat situ dengan kelewatan manusia manusia yang tak paham bahasa bila tour guide cakap kat situ tak bole swimming, just untuk orang yang nak participate buat cliff jumping je boleh turun tapi depa pi terjun jugak swimming berjemaah. Kalau aku jadi tour guide tu aku tinggal je makhluk yang tak paham bahasa Inggeris ni. Masa dah delay sebab makhluk2 ni.



Disebabkan telinga aku dah semakin tepu dengan pekikan bahasa ibunda mereka yang jenis tak endah orang kanan kiri tu, aku ajak la suami aku lepak kat lua dengan geng we all lagi dua orang. Jomlah amik gambar untuk ubati hati yang sedih ni.. Huhuhu




Sungguh nasihat aku, cakap suami jangan bantah, kalau rasa tak betul cuba pertimbangkan.Mungkin ada yang betul. Sebab apa? aku ni macam dah kena hukum time tu. Asalnya laki aku ajak ke Phi Phi Island & Maya Bay. Katanya laut sana lagi lawa. Yang aku ni pulak sebelum pergi tak study dulu terus cakap semua pulau kat Krabi sama je cantiknya. At last? Punah!.. memanglah cantik, tapi tour guide yang we all dapat time tu memang hampeh. Indah khabar dari rupa.. YA Allah bertabahlah wahai hati. Sungguh daku menyesali keputusan untuk g 7 Island naik cruise!



Next snorkeling adalah Chicken Island, peh yang ni lagi dasat, ombak dia sampai naik kram kaki ni berkuak. Apa taknya makin lama makin jauh dari boat. Ombak terlalu kuat last last semua naik balik ke cruise sebab keletihan. Macam kat redang dan pangkor tempat snorkeling tak ada ombak. Tapi kat Krabi ni memang pelik sebab kena snorkeling dalam ombak. Padahal tengah laut tu.. Tak tahu lah teman apa yang tak kena. Pendek kata hari tu serba tak kenalah untuk kami. I is Sad again.....


"Memang macam ayam tengah duduk kan? rare!"

" Tiba-tiba boat berhenti sebab nak tunjuk kawasan obor-obor, sengatnya berbahaya, so time snorkeling perlu hati hati!"

Barang yang lepas jangan dikenang, so next pulau jemaah yang kecoh ni pergi turun ke Poda Island untuk amik gambar di Nasional Park. Poda Island ni memang cantik, tapi tak ada banyak aktiviti pon. Yang buat trade mark pulau ni ada satu gugusan kecil batu tinggi betul betul depan pulau yang jadi tumpuan orang amik gambar. Haa time tu hati aku dah panas lagi, ada charge tersembunyi rupanya, kalau nak ke Poda Island kena topup lagi 400 bath seorang. Jam waktu tu dah dekat pukul 5.30 petang. Matahari pun dah nak turun, mood pon dah swing, suami pon cakap kite stay jekla kat boat. Time tu boleh la merasa aman sikit sekejap sebab jemaah kecoh tu transfer boat kecil untuk ke Poda Island. Sambil2 aku snap view lawa tu kami dihidangkan dengan tembikai tawar sebagai minum petang.


" Poda Island"

" National Park"

" Inilah batu belah sebijik yang terletak di depan Poda Island"

Hari beransur senja, tapi kenapa jemaah kecoh tu tak return lagi ke cruise. Sah la ni mesti kes hegeh dan tour guide sejenis yang tak reti nak control pelancongnya. Apa taknya cruise sederhana je tapi orang bukan main pack!. Nak untung lebih la tu. Aku banyak diamkan diri je sebab aku malas nak tnya apa-apa kat tour guide tentang dinner in sunset yang dijanjikan. Bukan apa takot aku terlebih emosi nanti lagi teruk jadinya. Apa lagi bila fikir aku ni dah la jauh dari daratan berbatu batu. Wuarghhh!!

Jam 7 malam baru cruise bergerak ke next location. Last location! Yeah tak sabar nak balik!. Tak bermimpi pon lagi romantic dinner in sunset. Menci! Sunset scene as below :





PERHATIAN :
START ENTRY BAWAH NI DAH TAK ADA BEKALAN GAMBAR SEBAB SUASANA KIAN MALAP DAN GELAP DITAMBAH HATI YANG TENGAH HANGAT MENAHAN AMARAH.

Rupanya untuk dinner di Pranang Cave tu we all kena transfer boat sekali lagi ke daratan. Naik boat kayu macam boat bawa pendatang tu. Tabahlah wahai hati. Yang si jemaah kecoh reramai tu dah mula lah bising bising sebab tak puas hati kena terjun air pantai cetek untuk pergi daratan. Jam dah pukul 7.30 malam. Ko gase apa yang nampak? Gelap gelita wei!. 

Dinner yang disediakan secara buffet tepi pasir pantai yang berbekalkan lampu spotlight dan unggun api. Apa yang dapat aku rumuskan ini bukan dinner in sunset ini program champing dalam gelap gelita!. Khabarnya kalau pergi siang hari pulau ni memang cantik sangat dan ada gua yang menempatkan hasil seni unik budaya Thailand. Apa hasil seni tu toksah la aku nak story better you all nk tahu pergi la google sendri yek.Sebab agak sensitif untuk distorykan..

Selesai pertunjukan baling baling unggun api, makan apa yang patot, we all naik semula ke boat kayu untuk transfer semula ke dalam cruise. Sungguh ni pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Cubalah anda bayangkan berkali-kali boat kayu tu buat pusingan tapi tak dapat jugak boat tu dekat dengan cruise disebabkan ombak kuat mula mengganas. Dah la life jacket ada kat dalam cruise, sungguh aku rasa time tu we all ni macam pendatang tanpa izin yang disedulup dari negara seberang. Long-tail boat tu jenis open dan tak ada apa apa untuk berpaut cuma ada rangka kayu terbuka yang kalau ombak kuat datang memang mandi terus la badan kita kena ombak.


" Phara Nang Cave Beach siang hari"
Sumber Google

" Air Cristal clear tapi malang tak nampak bila dah malam, wuaa I is sad again!"
Sumber google

Berbekal kan lampu kecil di tangan si tour guide dan cahaya dari sang bulan yang agak cerah malam tu tak henti-henti aku berdoa moga-moga trip kami ini berakhir dengan selamat. Akhirnya we all selamat kembali ke cruise dan rupanya dalam boat kayu tu ada team lain mungkin dari company tour guide yang sama. Agaknya orang tu dah tak tahan dia dok memekik dengan tour guide tu tanya berapa lama lagi perlu kami tunggu?, apa yang kamu semua tengah buat ni?.. Hahaha emosi dah semua dalam boat tu. Kesian tengok nasib they all yang kena naik boat kayu tu untuk tempoh perjalanan balik yang ambil masa kira-kira 50 minit!. Bertabahlah!

Di dalam perjalanan balik tu, sempatlah tour guide tunjukkan plankton colour purple dengan harapan nak pujuk hati kami yang tengah emosi masing-masing. Time tu jemaah kecoh tu dah mula huru hara. Nak tahu sebab apa? sebab majoriti semua jemaah tu kena mabuk laut, muntah muntah... Mendapat la korang dengan apa yang korang dah buat kat kami pelancong lain. Alhamdulillah, pelancong yang lain semua ok tak ada masalah. Itulah kecoh sangat dah dapat karma masing-masing. Agaknya 'penghuni laut' pon bengang dengan attitude they all nih. No manners!

Jam hampir pukul 9 malam, Alhamdulilah dah nampak daratan. syukur yang tak terhingga. Kalau you all nak tahu aku dengan suami orang pertama yang melompat keluar dari boat tu. Yang peliknya cruise tu boleh terus ke tepi jeti pulak memalam nih, kenapa siang tadi tak bole? mungkin sebab air dah pasang kot. Aku malas nak pikir, jejak je kaki ke jeti we all bersorak gumbira!. Tour guide tu pulak agak terkejot tengok we all happy semacam. Padahal dia tak tahu yang kami bukan happy dengan trip ni tapi kami happy sebab trip ni dah berakhir!..



Sepanjang perjalanan balik dalam tuk tuk tu aku cuba mencari hikmah disebalik apa yang berlaku. "HIDUP TAK SELAMANYA INDAH BELAKA". Itulah kesimpulan yang aku dapat. Lesson untuk hari itu. Yerla tak semua yang kita idamkan seperti apa yang kita akan perolehi. Semuanya rezeki dari Allah. Mungkin tak ada rezeki kami time tu untuk menikmati pengalaman indah seperti yang dikhabarkan. Tapi kami tetap bersyukur diberi peluang yang berharga untuk melihat keindahan ciptaanNya. Aku rasa bersalah juga sebenarnya pada geng backpacker dan suami sebab kalau aku ikut cakap suami mesti aku lagi happy g Phi Phi Island dengan harga pakej yang sama.

InshaAllah ada rezeki boleh return Krabi!> Tapi 7 Island?? NEVER!!












Sunday, May 1, 2016

HOLIDAY KRABI, THAILAND : Day 2

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah, masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas bebas di muka bumi Allah saat ini. Syukur. :)
Hari ni nak sambung story backpacker Krabi yang tergendala sejak beberapa bulan yang lepas. Nampak sangat malasnya yer kan?
*******
Ok pagi 2nd day we all pusing pusing bandar Krabi Town untuk cari breakfast sebelum En tour guard pick up we all di hotel untuk ke Pantai Aonang pulak.  Bandar Krabi ni memang ala-ala pekan kecil yang tenang dan damai je kalau pagi-pagi. 

Disebabkan kakipon dah beransur pulih, gigih jugak la menapak dari hotel sampai ke tepi sungai sebab nak bergambar dekat Replika Ketam yang jadi trade mark kalau g Krabi. Bandar Krabi ni macam berdekatan muara sungai, so akan kelihatan aktiviti menjala ikan dan sukan air macam berkayak.

REPLIKA KETAM, BANDAR KRABI


" Inilah geng backpacker saya kali ni, Ida namanya :)"

" Group picture of the year!"


" Bandar Krabi pagi pagi ni tenang je, 'rare' kan patung atas traffic light tu"

" View perkampungan nelayan tepi muara sungai Krabi"

Gigih jugaklah cari tempat untuk breakfast pagi tu,terjumpa satu cafe halal namanya "Kopi Kita" yang terletak betul-betul bertentangan dengan Replika Ketam tu. Deconya hipster ala-ala cafe kat JB tapi sayangnya blom bukak lagi. Jam 10 pagi baru bukak. Tour Guide we all nak datang jam 10 pagi so xdan la menunggu so we all terus pergi makan tempat malam tadi iaitu Abdullah Halal Food


" Sejenis cawan yang  di serve kat cafe ni. hikhik"

" Halal food here "

" Deret kafe Kopi Kita ni ada kedai jual souvenir Thai, Meh singgah!" 

Perjalanan ke Aonang makan masa dekat setengah jam jugak so takot kelaparan pulak kita. So lepas isi perut we all pon beramai-ramai naik motor sapu balik ke hotel untuk check out sebab tak larat nak jalan oi.. Rupanya we all dah jalan dekat 2km dari jarak hotel we all. Hilang semua lemak haishh... Upah motor seorang 20 bath jer.

Tour guide we all sampai terus je bawak we all ke Pantai Aonang! Pada mulanya ada salah faham sikit dengan tour guide we all sebab dorang terus bawak we all ke jeti sebab ingat we all terus nak g Island Hoping. Tapi we all nak g esok. So dia pon bawak we all ke Aonang untuk check in. Tapi Alhamdulillah, merasa gak we all g jeti tersembunyi ni yang viewnyer Subhanallah. Heaven! EHH berapa banyak we all darh!!

"Inilah private jeti untuk ke Hong island, at last we all tak pergi pon"



Nasihat aku, bila pergi Krabi survey betul-betul mana you all nak pergi. Jangan jadi cam aku. menyesal tak sudah. Nanti story! gitu! Ok Sambung balik perjalanan we all ke Pekan Aonang untuk check in hotel di sana. We all tdo dua malam kat sini sebab saja nak tenangkan pikiran. Hari ni just pusing-pusing pantai Aonang dan esok baru pergi Island Hopping.

AO NANG ORCHID RESORT KRABI

Haa ni nak story tentang hotel dekat pantai Aonang ni memang banyak sangat. Pilih jer you all nak jenis apa, nak jenis bajet, jenis mewah ataupun jenis santai. We all pilih hotel yang dekat dengan pantai Aonang baru la dapat fefiling beach holiday. gitu?..

Alhamdulillah ini lah yang dinamakan rezeki, time we all booked hotel ni ada offer 70% less. Harga asal khabarnya lebih kurang RM400 per nite. Tapi untuk dua hari we all dapat harga RM 270 included 2 day breakfast. Gila tak murah? Itulah orang kata rezeki. Hihi.

Sesuai la dengan harganya, memang puas hati sangat la hotel yang ala-ala resort ni. Tak caya meh belanja gambar la





" Bilik hotel view Pool"
" Macam honeymoon lagi sekali aje "


Lepas check in, berehat, we all keluar untuk pusing-pusing Aonang dengan sewa motor scooter. Harga sewa scooter kat sini murah tau. Jauh beza ngan time kat pulau pangkor dulu. Haishh Malaysia apa nak jadi ek.. sume mahal. Sewanya kira 24jam. So kalau pkul 3 ptg pick up, next day pkul 3 ptg returned. 200 bath jer.. Syarat kena tinggalkan satu passport . Mayb takot orang bawak lari motor kot. Condition memang tip top!

" Honda okay, beach ko hado?"

Lokasi kedai sewa motor ni berdekatan dengan 7 Eleven depan hotel kami. Kalau dari jalan Krabi Town nak ke pantai Aonang belah kiri okay. So kunci motor dah di tangan, cuaca sangat indah, apa lagi, Jom Ronda!

PANTAI AONANG, KRABI


" Mercu tanda Pantai Aonang, Todak!"

" Mercu tanda ni betul betul bawah replika todak. Rugi kalau tak berjumpa.hikhik"



" Diorang ni nak g Island Hoping rasanya, tapi hipster betul boat dia ek?"



Kalau orang lain biasa datang Krabi untuk shopping sakan, tapi lain pulak dengan we all. Hari tu we all spend time untuk explore makanan kat Aonang jer. Yerla blogger cakap sume makanan kat situ sedap tak hingat. Apa lagi we all memg Thai food lover dan pernah makan kat Songkla yang makanannya pon memang sedap2 sangat. So teruja nyer lebih sket la bila dah sampai sini... Gerai makan halal kat sini banyak! Apa lagi Jom Makan!!


" Makanannya sume panas-panas. nasi pon beras wangi, nyum nyum"


" Pulut + Vanila Ice Cream + Fresh Manggo = Ko Gase? Melting!"

" Nasi goreng seafood paling sedap di alam semesta! FYI, 3 hari dok ulang-ulang makan nasi ni je sebab sedap sangat"

Pusing-pusing sampai senja, ambil angin tepi pantai. Fefiling sunset, makin malam orang makin ramai...




AONANG NIGHT MARKET, KRABI

Ikut survey aku, barangan di jual kat sini lebih mahal dari night market weekend yang we all pergi di Krabi Town hari tu. Tapi jangan tak tahu, kedai di Pantai Aonang ni sentiasa bukak sampai malam. Berbeza dengan Krabi Town Night Market dibuka sabtu ahad sahaja. 

" Suasana malam di pantai Aonang"





Bila malam, night market kat pantai Aonang ni memang happening sangat, kedai-kedai ada banyak pilihan dan boleh tawar menawar. Siapa pandai bodek dapatlah harga murah, Restoran dan gerai makan pon ada tinggal nak pilih je. We all pusing-pusing untuk book paket Island Hoping esok. Banyak pilihan tetapi semoga ada tidak tersalah buat pilihan. Cam aku,,, punah..

Ok, mata pun dah kuyu time tu, padahal jam baru pkul 10 malam (kat jb dah 11 malam wei!), so meh la kita balik ke hotel. Esok story Island Hopping 7 Island!.. Pengalaman yang tak dapat dilupakan... Nak tau kenapa? Tunggu......

Till Next entry... Behave & Happy Labour Day You ALL :)