Thursday, March 24, 2016

HOLIDAY KRABI, THAILAND : DAY 1

#ASSALAMMUALAIKUM DUNIA!

Alhamdulillah, selepas cuti yang agak panjang, akhirnya dah kembali kita menjalankan tugas seperti biasa. Ikutkan hati memang rasa nak sambung mc tapi bila lama pulak bercuti badan jadi makin lemah balik pulak. So better kita bertawakal ajerla pada Allah sesungguhnya Allah adalah sebaik penyembuh & pelindung. :)

Ok hari ni nak story tentang trip backpacker ke KRABI, THAILAND bulan 7 tahun lalu. Amboi baru nak buat entry dah berzaman dah sejarahnya ek?..  Tak apalah simpan kat blog kan boleh jadi kenangan, Tak gitu?



Day 1
J.B. - KLIA (11 malam - 4 pagi) BUS

Trip kali ni we all pergi dengan partner couple, so bestla sket kan sebab ada geng & bolehla tolong jadi tukang ambil gambar untuk we all sepanjang kat sna..hikhik. Flight we all pagi dalam 7.30 pagi , boarding time 6.30 pagi gitu so we all decide untuk naik bas malam. (Yoyo Ekspress) yang bertolak dari Perhentian Bas Taman Tun Aminah, JB. Harga tiket RM59 seorang. Kalau naik bas ni, penumpang perlu standby 1/2 jam awal dari departure & bas akan sharp2 gerak tepat jam 11.00 malam. Condition bas memang tip top. Highly recommended okay.


Flight KLIA - KRABI (7.30 pagi - 9.30 pagi)


Disebabkan we all pe pagi dah naik flight, en mady dah beli breakfast sekali siap siap dalam flight ke sana. Hai satu benda la yg paling teringat-ingat kalau naik air asia ni. makanannya memang sedap!. tak kira la breakfast ke, lunch ke.. memang bebaloilah dengar harga standard atas langit kan?... heee


Harga nasi lemak rendang = RM 12++ siap air mineral cute,


Perot pon dah lapa, breakfast pon datang panas-panas, fuh apa lagi? Enjoy!

Alhamdulillah, selamat mendarat di KRABI Airport lebih kurang jam 9.30 pagi. Ok Thailand masanya lewat 1 jam dari Malaysia so kira time we all sampai Thailand baru pukul 8.30 pagi. Sebelum nak mendarat tu sempat bukak hp dan snap view Krabi dari udara, Subhanallah. Indahnya ciptaanMu Ya Allah.





Cantik kan? Opcozz la cantik, tetiba rindu pulak Krabi bila tengok gambar ni. Stay Virgin okay!

Sampai je kat airport we all tunggu tour guide datang pick up we all untuk terus explore KRABI!. Dek kerana we all sampai pagi so mestilah tak leh check in hotel lagi ye dak. We all berempat so naik kereta jekla tak perlu sewa van.  Tempat pertama untuk diteroka pagi itu adalah....

TIGER CAVE, (WAT THAM SUEA), KRABI


Tempat ni terkenal dengan anak anak tangganya yang sangat tinggi dan curam. Haa pada sesiapa yg giler adventure tu sila lah cuba daki sampai ke puncak. Lokasinya berdekatan je dengan airport dan bandar Krabi. Lebih kurang dalam 10 minit  kalau naik kereta dari airport.

Aku ni tak berapa nak fit sangat so setakat dapat naik sampai tangga yang ke 491 dah rasa bersyukur sangat la tu.. hihi. Apa ada kat atas? kat atas tu ada temple dan view pemandangan hutan hijau. Disebabkan aku dah google apa ada kat atas tak berapa nak teruja so setakat itu sajalah pendakian we all time tu.. hihi.. Banyak lagi tempat nak g kang sakit kaki apa pon xdapat. jangan dipaksa kudrat tu.. tak gitu?.. 

Ini view dari bawah, cam kat batu caves kan? erk?


Tiger cave ni macam jenis gua batu kapur yang ada banyak temple2 dan patung2 agama, monyet pon ada banyak kat sini so pada sesiapa yang ada anak tu berhati hati okay. monyet kat sini boleh tahan gak garangnya... mungkin sebagai penjaga kawasan agaknya. dekat bawah pulak ada temple yang besar bertingkat-tingkat sedang dalam pembinaan. Macam kat atas tu.. dah macam tangki air dah bentuknya kan?





Sebelum badan peluh peluh naik tangga haruslah selca berdua dulu .. krik krik

 Time we all pergi masih awal so tak la sesak dengan pengunjung. tapi memang bakar lemak habis kat sini. sebab tangganya tinggi2 dan curam. Ada jenis tangga yang kecondongannya mencecah hampir 40 degree tau! tobat tak nak naik lagi hoii.. gayat tak hingat!. 



Sampai sini je we all larat nak naik, en mady paksa lagi naik ke atas sebenarnya tapi aku surrender, kaki nak pakai lama oii..  




Ketaq lutut ni nak turun balik, curam betul, kagum camnelah dyeorang leh dapat buat tangga yang extreme cam gini.. 'whateva it takes' kot.


Puas dah snap gambar, buat aksi aksi aneh kat atas gua tu we all pon bergerak pulak ke next location. 

EMERALD & BLUE POOL, 
(SRA MORAKOT, CRYSTAL POOL), KRABI

Haa yg ni memang dinanti dan diigau sangat ni sebab selalu tengok dalam gambar je kali ni berpeluang jejakkan kaki. Perjalanan dari Tiger Cave ke Emerald ni makan masa lebih kurang 1 jam gitu...Lokasinya turun ke selatan Krabi lagi. Anggaran dalam 60km dari bandar Krabi.

Untuk sampai ke kolam warna turquoise tu kita kena jalan kaki redah jalan tanah merah dalam hutan rimba sejauh 800meter .hurm mencabar jugak bagi aku yang tak berapa nak fit sangat nih.. haha.. , Pada kekakak yang biasa pakai heel bagai tu dinasihati sebelum nak walk in standby kasut atau slipar okay.. Jangan pakai heel, menyesal tak sudah nanti you all.. huhu

 Entrance lepas berjalan 800meter 
Ni nak bagitau fee masuk 200 baht  @  sepatutnya RM20 duit Malaysia tapi disebabkan mata wang kita sekarang ni makin terjun kelaut so harganya lebih kurang RM20++ la untuk dewasa dan 100 baht untuk kanak kanak. Map ada disediakan kot kot la kalau you all takot tersesat. Ada dua laluan nak ke pool tu satu tanah merah, satu lagi macam kawasan walk way kayu. Haa yang tu jauh sket pusingnya lebih kurang dalam 1400m

Sebelum masuk enterance pool ada toilet, kalau dari tempat parking  belah kiri. Toilet dye memang hipster you all!, pakai kolah jek air basuhnya.. Fuh fuh. 0.5 baht masuk dah fight2 toilet kat KL dah ek?...  


Gerai gerai makan pun banyak kat area masuk pool ni, ada jual sotong seafood goreng, ice jelly & macam2 la makanan local they all. Tapi dek kerana aku ni agak was was sket orangnya, so tak dan la nak menjamah apa-apa makanan kat situ sebab blogger pon tak pernah recommend.. punah..

Bila dah sampai kat area emerald pool tu adeh punyalah ramai manusia. en mady tanya nak mandi tak, I said no thanks!, cam geli pulak berendam reramai dalam tu walaupun dalam hati dah tak tahan nak 'say hi!' dengan air warna turquoise tu. Halamak sejuk betul! Memang unik betul la pembentukan kolam ni tak caya you all tengok la sendri. meh belanja gambar la kitew..


 Tak mandi dapat main-main air di gigi air pon ok dah kot!





Bila dah sampai kat Emerald Pool rsa xsabar pulak nak tgok Blue Pool yg khabarnya nun jauh di atas bukit. Apa?? kena hiking lagi ke?? adeh kaki ni dah macam nak loose screw nyer dah ni. Tak pe, dah sampai kena sudahkan jugak. Jom kitew naik lagi 400 meter..

Subhanallah, tak terungkap dek kata kata betapa indah dan uniknya ciptaan Allah. nah belanja gambar kat you all!

Ini walk way untuk sampai ke Blue Pool, kena lalu jalan hutan rimba okay..


Blue Pool Checked!


Gambar berdua haruslah ada, xoxo :)




Selesai main-main di gigi air jernih tu we all bergerak balik untuk check in di bandar Krabi. Jarak dari Emerald Pool ke Bandar Krabi lebih kurang 1 jam (56 km) perjalanan .Haa jangan confius tau, Bandar Krabi xda pantai, Kalau nak view pantai tu di Pantai Aonang, perjalanan dari Krabi Town makan masa lebih kurang 1/2 jam. (26km)

SOFEYA TARA, RESTAURANT, KRABI TOWN

Sebelum check in tour guide we all namanya Dariz ajak lunch di sebuah restoran tepi jeti Krabi dekat dengan Replika Ketam yang famous tu. Bila we all tanya dia mana tempat makan best terus dia bawak we all ke sana, Bila dah rasa... 5 bintang!!

 Nama restoran ni Sofeya Tara Krabi. Makanan dia memang sedap sangat!. Harga pon standard la takderlah mahal sangat..Tambahan lagi aku dan en mady memang penggemar makanan thai. fuhhh fuhh.Masa tu aku makan nasi goreng seafood 60 baht. Rasanya Pehhhhh!


 Kalau korang nak tau, satu benda paling heaven kalau kat Krabi ni tang makanannya. semua sedap sedap!Pehh dia punya sedap sampai sekarang teringat ingat tau!. Tak caye? Try la rasa tengok! :P

KRABI COZY PLACE, KRABI TOWN

Ok lepas makan terus check in hotel di bandar Krabi ni. We all pilih Krabi Cozy Place yang terletak paling dekat dengan Krabi night market. So malam nanti kalau nak pergi night market boleh jalan kaki aje. Disebabkan we all booking melalui Agoda so dapatlah harga yang mampu milik. Satu malam time tu we all dapat RM110
excluded breakfast. 

Memang pilih tak termasuk breakfast sebab hotel tu tak ada listed Halal Food. Masa nak masuk tu agak seram sket sebab owner hotel ni ada hanjing besaq duduk tepi entrance mungkin sebagai penjaga kawasan. huuu. Tapi after all hotel ni memang cozy macam namanya. Best!



Hello Swimming Pool!


Bilik yang luas siap ada corridor. Condition memang baik dan selesa berpatutan dengan harga.


KRABI NIGHT MARKET, (weekend only)

Malam tu, we all g jalan jalan kat krabi town night market, haa tempat ni memang famous dikalangan pelancong sebab kita bole grab banyak barang untuk jadikan souvenir  dek kerana harganya yang MURAHHH nak dibandingkan di Pantai Aonang nanti. Dari hotel we all jalan kaki 5 minit sampai, tapi dek kerana aku dah kena symptom sakit kaki terasa jugaklah jauhnya sampai jumpa Thai massage apa lagi, terus ber massage la kitew! 


Patong cendana ni bukan macam patung yang biasa kita lihat kat Jalan TAR atau Sogo yang warna kadang warna emas atau merah tu, tapi patung ni jenis yang izinkan anda memperlakukan apa sahaja pada anggota badannya dengan calitan warna. Aku agak emosi sedikit bila melihat betapa ada manusia takdir sumber rezekinya macam tu, tak bergerak gerak pulak tu sampai berjam jam. Mesti tabah sifat orang camni. 

Night market ni tutup kira-kira jam 10 malam, disebabkan kaki dah meragam xdan nak snap apa apa gambar kat dalam night market ni, Alhamdulillah lepas urut baru rasa kurang dan boleh berjalan balik.

ABDULLAH HALAL FOOD, KRABI TOWN


Makan malam tu we all makan di Abdullah Halal Food, rasanya bleh tahan la tapi tak sesedap makanan lunch tadi. Overall hakak bagi 3.5 bintang. Tapi nasi dia memang cute!. Bentuk hati! Lokasinya seberang jalan entrance night market jer, senang cari. 

  Info tambahan, Thailand memang bersepah 7 eleven so senang kalau nak beli air ke, beli roti ke bila rasa lapar malam-malam dan memang satu kemudahan utk orang luar macam kita ni. Nak cari tempat makan halal senang je kalau kat Krabi ni, bersepah la jugak. Mungkin sebab banyak orang islam kot kat sini. Tour Guide we all tu explain, area Krabi fahaman agamanya sama macam Malaysia iaitu Mazhab Imam Syafie. So pengertian Halal tu samalah dengan kita Islam kat Malaysia. Alhamdulillah. 

Ok cukup la untuk hari ni, next entry story bermalam di Pantai Aonang pulak kay! 
chill your life & Ingat ALLAH selalu okay!