Friday, November 6, 2015

PULAU PANGKOR JOM KITEW?

#ASSALAMUALAIKUMDONIA!!

Selamat kembali!, Maap ler mood agak swing lately so nak tekan enter kat entry pon berat bebenar.. hewhew.. maklumlah bila dah tamat bulan madu dan masuk pulak bulan buzy dah nak hujung tahun banyak projek kecil giat berjalan. Ok xpela kitew tinggalkan masalah dunia kerja yang takkan habis dan jom nak bawak you all jalan-jalan ke utara #negaraku sket!, 

#kemanakitanih kali ni ke mana yek??

#PULAU PANGKOR,LUMUT, PERAK

Haaa... !! Bermulanya cerita nak ke pulau pangkor ni bila aku ternampak suatu artikel tentang sebuah chalet unik di sana. Namanya NIPAH GUESTHOUSE. Ok nak tahu ape yang menarik sangat?
Jom cikidout kat sket ek!

OK sebenarnya we all pergi beberapa bulan yg lalu sebulan sebelum GST launch.. Hihi., So gasenya akan ada peningkatan kos disitu kiranya you all merancang nak pergi selepas ini (still perasaan ada org nak baca entry haku ni.. hewhew).. Mulakan perjalanan naik kereta jam 10 malam bergerak dari Skudai menuju ke Perak, my mr pilot ni memang suka drive malam, siang dye takot panas.. so layankan la ikot selesa dye & we all decide gerak waktu malam., Alhamdulillah sampai di Pekan Teluk Intan kira-kira jam 8 pagi. Sempat la we all menyinggah di tempat rare kalau kat Teluk Intan tue apa nama Ekk??


"Menara Condong"

Hokay sepertimana yang you all nampak boleh tahan jugak tinggi menara ni. Yang buat dye femes adalah sebab kecondongannya..Tapi seriously kalau dok hadap betul-betul xrsa pon kecondongannya, blogger slalu ckp naik atas baru rasa, tapi kalau nak suruh saya mendaki memang tak lah.. hahaha..
 HAA mesti terasa ala-ala di Menara Pisa, Itali gitew kan?.. Dengan ketinggian 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga, menara yang dibina pada tahun 1885.Time we all sampai pagi lagik so dengan berlapang dadanya dapat parking depan menara tanpa sebarang gangguan.. hewhew,,,


 "Muka tak payah nak pelik sangat en mady oii"

Ok sebelum berangkat ke jeti lumut (perjalanan ambil masa kira-kira setengah jam gitew), we all park kereta dekat parking terbuka betul-betul depan kawasan jeti tu. Pada yang agak-agak sayang kereta anda berpanas hujan tu boleh jek parking kat tempat parking berbumbung tapi jaraknya agak jauh la sket kalau nak menapak ke entrance. Park untuk satu malam lebih kurang RM14++, Time bayar tu sempat la tanya-tanya pasal nak sewa motor untuk sehari semalam and dan dan terus we all bayar sewa kat situ terus.

Nasihat aku kalau nak sewa motor yang comel-comel cute-cute tu tunggula bila dah sampai kat pulau nanti, sebab apa? sebab daku dah terkena time tanya cakap nak skuter alih-alih dapat motor standard macam bebudak skema gitew,... huhu punah harapan! Regenya RM30 sehari. 

" Map Pulau Pangkor (buat ada ada katanya) "

Ok bertolak jam 9.30 pagi, orang pun tak ramai memang rezeki we all la kot time tu, perjalanan yg makan masa lebih kurang 30 minit tu xterasa pon dek asyik melihat keindahan ciptaaNya...


" Dari kejauhan nampak jeti jeti kecil yang menunjukkan perkampungan nelayan Pangkor"


" Nampak tak macam ada Hill la pulau Pangkor tu, erm Pangkor Hill katanya siapa suka jungle tracking leh la try!"

 " Jangan confius ni jeti untuk perkampungan nelayan, kita turun jeti satu lagi okay"

Selepas kira kira 30 minit

OK dah sampai PULAU PANGKOR!

Disebabkan we all sampai agak awal so tak dapat nak check in dulu tapi owner guest house offer tinggalkan beg sume dan suruh we all jalan-jalan dulu keliling pulau, so apa lagi? #kemanakitanieh??

  
 " Subhanallah cantiknyer!! Ini pantai Coral bay "

 
 " Ambil angin tepi pangkin di pantai, sampai minum air kelapa muda..huhuw asyik!"

  
 "Pantai Teluk Nipah katanya paling cantik kat Pangkor ni, Feel free to mandi!!"

  
" Ada menara tinjau kat sini"

  
 " Kota Belanda, Teluk Gedung"

  
 " Ada kubu lama zaman belanda "

  
" We fie tu wajib ler, kata #berdualebihbaik.. gitew?"

 

Time ni berhenti amik view atas bukit dekat area perkampungan Teluk Chempedak, pusing-pusing area perkampungan air di Sg Pinang terjumpa kilang buat Satay Fish yang femes amous kat Pangkor tu, mula-mula ingat nak masuk tapi elok nak masuk tu ada nampak seekor anjing dok relax lepak depan entrance kilang tu.. dan dan terus cancel. Punah!!



" Tempat wajib ambil wefie kalau kat pangkor ni tau, dari jeti ke pantai teluk nipah mesti jumpa tanda arah angin ni dulu, so ? fefiling cinta antara benua ler kitew!" 

Sebelum check in try laksa pangkor yang orang dok cakap sedap kat area Kg Teluk Gedung tu,       tepi jalan je gerainya, dekat dengan batu bersurat dan kota belanda tu la , tryla sepinggan, ok boleh tahan la rasanya.. perot dah lapa mana ada kire lagik sdp ke idok ye tak?.. huhu (gambar makan memang tak snap sepanjang trip ni sebab sejenis manusia yang tak reti sabau nak makan terus!..hihi)

Ok puas meronda keliling pulau dan ambil angin pantai, check in guest house idaman hati lah kitew, itulah sebenarnya motif utama ke sini kan?.. hew hew xsabar nak tgok chalet rare we all tue depan mata!.. tak caye ke rare? hhaaaa tengoklah sendiri!



" Haaa Inilah gambar yang menjemput we all nak datang ke pangkor tu.. hewhew
#copy paste Libur Magazine"

 " Entrance masuk dia aduhai sweet aje. Ok yang ni in reality!"

 " Ada pool okay!, tapi sebab terlalu cantik dan bersih tak sampai ati gase nak celup kaki"



"Ni view ambil time senja, yeah lampu romantic yang mahal tue"

" Taraaa! inilah istana we all malam ni!.. hew hew hobbit sangat kan? 
Nama chalet ni A-Frame!"


 " Dalam bilik memang kemas, bersih, baru, cantik, cute, argh ce la stay sini sendiri baru you all tau best dye cmne"


 " Ini loteng atas yang leh bukak dan pergi ke koridor loteng yg comel ala-ala dunia hobbit gitew, sempat jugakla naik tapi cam gayat sebab kena naik tangga bomba (ala-ala spider) macam kat gambar atas tadi"

 "All about landskap, so niceee!"


"Kat luar chalet siap disediakan cabana untuk ambil angin luar sambil berjemur dan fefiling baca novel gitew."


 " Take you time to take care of your mind"

Ok harga nak bemalam kat sini RM150 semalam dan siap simple breakfast (self services). 
Bagi aku berbaloi la dengan kecantikan dan keselesaan yang aku gase sepanjang kat sini, Ownernya sangat peramah dan caring, mintak apa-apa semua ada.. memang highly recommended lah!.

Tempatnya juga sangat dekat dengan pantai teluk nipah dan Coral Beach so nak cari pon senang.. papan tanda ada so ikot jekla direction okay?. Kalu nak jalan ke dari chalet ke pantai pon xsampai 200m ponn. sesekali joging apa ade hal?


Ok ni nak story lagi satu syarat kalau nak stay kat sini untuk pasangan muslim kena tunjuk sijil atau kad kawen yer, yang bukan muhrim tak dibenarkan tidur dalam bilik yang sama.. wah bagus tue, boleh mencegah maksiat.

Ok aktiviti petang lepas pusing-pusing dan tapau sotong kering, ikan kering, dan macm2 yg kering kat pekan pangkor tu kitew ke pulau la you all,
snorkeling time!!

Kalau you all nak tau pangkor ni ada banyak pantai dan ada pulau-pulau yang tidak berpenghuni,      so kalau naik bot tu tengok dari laut je tak singgah pun, Time tu air laut pon tak berapa nak baikla agak nakal sedikit (ombak kuat & warna kehijauan) so aku yang naik speed boat for two ni melambung la jugak saat disapa ombak laut tue..hewhew...


 " Katanya ni pulau kepala buaya.. tapi tak macam pun?"


 "View Coral beach yang tak berapa nak kelihatan dari Pulau Giam tempat we all snowkerling"


 "View nak sunset dari Coral Bay. Damainya hati melihat kebesaranMu Ya ALLAH"


 " Ok ni tempat we all snowkerling tapi sedih sket view tak berapa nak besh sebab air keroh, tapi ikan memang banyak! gegeli tegase kat celah kaki ni"

Pesanan aku bila snowkerling kat sini hati-hati yer sebab banyak batu-batu & batu karang yang leh cederakan kaki... pedih wooo kalau kena.

 " Okay pulau kepala ikan paus pon hado?"


Lumrahla kalau kita berjalan melihat keindahan Tuhan ni, orang selalu kata ada pasang surut rezekinya tu, cthnya kalau pantai cantik, pulau tak cantik, kalau dapat chalet cantik, airnya keroh,, haa lebih kurang macam tu la.. bahagian masing-masingla katanya,,, hastag erkk!"
 #ayer keroh sangat tue ikan tak clear" tak perlah makcik redhoo!

 " Pantai dekat sebelah pulau Giam ni cantik tapi xde orang berani mandi sebab banyak batu, 
so aku pon xberani nak mandi sebab takde geng"

 " Ok sila abaikan muka tak berapa nak ready sebab menahan sakit kaki dah luka kena batu..hewhew"
 
Harga untuk speed boat dua org pusing-pusing beberapa pulau kat pangkor ni dalam RM50 henget  siap peralatan , kena pandai-pandai tawar menawar dan cari mana paling murah, semua pakej2 snowkerling ni leh je you all cari di sepanjang pantai teluk nipah. Antara pulau yang we all nampak monkey bay, whale rock, crocodile rock & turtle rock.

Ok malam tu aktiviti adalah bebas layan diri sendiri hehe, sebab apa tau, sebab kedai makan area teluk nipah tu tak berapa nak happening malam tu, jumaat malam sabtu la katakan.. orang kata kalau nak best datang malam minggulah, macam-macam pilihan seafood ada,,,Tapi takperlah, dah sampai kan perot kena isi jugak, 

Kebetulan jumpa la kedai jual char kuey teow kerang yang blogger dok suggest to ape lagi bedal sepinggan dan muka kembali senyum.. :) habis makan sempat cari-cari souvenir untuk dibawa pulang. Dekat area teluk nipah tu ada je jual macam-macam souvenir untuk buah tangan family dan kengkawan. Aku jumpa key chain trade mark pangkor iaitu bas pink!.. hehe buat kenangan, ingat bas pink ingatlah PULAU PANGKOR!

Disebabkan lepas ni nak naik ke penang so kenalah korbankan masa untuk gerak lebih awal keluar dari pulau keesokkan paginya. FYI tiket feri siap pergi balik tau so tiket balik jangan hilangkan pulak time balik boleh guna. Kalau tak RM10 melayang la jawabnya...

" Masa we all nak check out tu awal pagi belum bukak lagi cafenya, cantik kan cafe ala-ala country gitew, takperlah anggap jekla we all dah makan..hukhuk (sedapkan hati) "



Ok setakat ni untuk entry pangkor kita, thanks Nipah GuestHouse for the best memories! Overall percutian singkat di pangkor ni memang best dan sweet sebab dapat jalan-jalan ronda keliling pulau naik motor, haa ni la motor yang kitew story tu..hehe,, Okay kalau ada yang berminat nak stay kat A frame ni leh contact link bawah ni yer, silalah :)

/http://pangkorbeachchalet.com/

Till next entry~~~

Take Care!






No comments: