Sunday, November 22, 2015

BACKPACKER ~ HATYAI SONGKLA, THAILAND - PART 2

#HALU HALU SAWADIKAP!

Sambungan Misi Backpacker ke Hatyai, Songka, Thailand

Cuti lagi kite hari ni erk!. Bila dah masuk hari ke tiga kat umah otak boleh beku kalau tak buat apa-apa tau.(Haa Johor je cuti tau sebab hari ni Birthday Sultan Johor kitew),okay dari dok boring tak tahu nak buat apa meh la kitew sudahkan cerita misi backpacker we all ke Hatyai beberapa bulan yang lalu. Jom hayati keindahan Hatyai!


"Selamat pagi!, Wee ni muka fresh pagi-pagi time tengah tunggu Tuk tuk datang amik we all nak pusing-pusing kat Hatyai,Songkla"

Time ni we all decide nak naik tuk tuk je untuk bawak we all pergi beberapa tempat menarik kat Hatyai. Pada mulanya ingat nak sewa motor,tapi melalui cerita blogger ramai suggest amik pakej terus sebab lebih mudah dan confirm sampai (kalau drive sendiri takut tersesat!).We all minta hotel suggestion tuk tuk yang murah & boleh layan kita pusing-pusing Haytai sampai lebam. Runding punya runding, alhamdulillah dapat la yang murah  on way 240 bath untuk bawa kita ke tempat pertama pagi tu iaitu

# HATYAI CITY MUNICIPALITY PARK


Haa kalau you all nak tahu tempat ni merupakan tempat tumpuan kalau pelancong datang ke Hatyai. Sebab apa tau, kat dalam park ini aje ada Hatyai Icedome, Hatyai Cable Car, & Phra Buddha Mongkul Maharaj (Tallest Standing Buddha Image).

 " Entrance nyer colourful erk"

" Amik gambar depan entrance je, khabarnya ala-ala Snow Walk I- CIty Shah Alam jerr, bayaran masuk 150 bath (RM15). Kalau dah masuk kat Shah Alam mesti tau dah standardnya acaner, erk?"

 " Disebabkan we all sampai terlalu awal, kira-kira jam 8.00 pagi waktu Thai, so masih tak ramai orang lagi, so jomlah kitew pusing-pusing taman ni"

" Anak itik digi pon hado kat sini?.. hewhew

OK untuk sampai ke kereta kabel kita kena naik shuttle yang disediakan dan sorang dikenakan 20 bath je. Laluannya agak curam ala-ala naik cameron gitew dan sepanjang pendakian kita akan jumpa kuil Buddha yang bentuknya unik-unik. Jaraknnya lebih kurang 700 meter aku agak. Kalau nak berjalan naik ke atas jenuh jugak kaki. So better kita naik je shuttle ni dan nikmati view alam hijau yang indah!

" Yeah dah sampai atas bukit Hatyai Cable Car, Nice view"

# HATYAI CABLE CAR

 " Trade mark tempat ni simple jer ala-ala huruf kat Hollywood gitew"

" Dah sampai atas ni haruslah wefie berdua ye tak?"

" Subhanallah hati ni rasa damai sangat bila berada kat atas ni"

" Baru perasan kat Hatyai ni tak banyak di bina bangunan tinggi, kenapa ek?"


" Ok di sinilah station untuk naik cable car Hatyai tu"


Nampak tak station seberang sana?. katanya ada walk way dan ada kuil budhha lagi kat sana.Nasib suami la dapat isteri penakot cam aku ni, gigih ajak aku naik tapi lebih gigih aku cakap tak nak naik sebab bagi aku cable car yang naik kat Langkawi dulu lagi mencabar. Harga tiket boleh tahan 150 bath so runding punya runding akhirnya aku berjaya tak naik. Hahaha 


Di station cable car ni ada jugak cafe kot la nak fefiling romantik main tenung-tenung mata berdua sambil hirup udara segar dan berlatarbelakang kan view dari puncak bukit ni. Souvenir pun ada jual jugak macam t shirt, FM, keychain, tapi nasihat aku toksah beli la, harga kat tempat tinggi macam ni haruslah jauh lebih mahal dari kat tempat rendah kan?,,hewhew

" Agak-agak 950 batu ni pergi mana erk?"

" Jauh dari rumah, jauh dari asal, dekat dalam hati, rindu itu pasti. :)"

 " Design cable car tu gasanya seakan kat Langkawi, so kalau tak naik pon x nyesal kot"

#TALLEST STANDING BUDDHA IMAGE

Kelihatan banyak juga pengunjung datang sembahyang kat situ. Ok memang tinggi bebenor standing budhha ni khabarnya setinggi kira-kira 19.9m dan seberat 200 tons. Wow beratnya!,

" Kat Thailand ni ada macam macam jenis patong buddha, ada yang baring, ada yang duduk, ada yang berdiri, Haa hat ni yang berdiri"

 " Wefie dengan si tallest, checked!"



Bagi aku masing-masing ada kepercayaan agama masing-masing. Hak beragama itu kita tak dapat nak sekat kerana tak semua lahir dengan anugerah iman terhadapNya. So di sini kat mana-mana pun ada nampak kuil dan dalam masa yang sama ada surau. Walaupun majoriti penduduk di selatan Thailand ni orang Islam, tapi agama rasmi Thailand bukan Islam so kebebasan pada agama lain tiada batasan. 

 " Alhamdulillah atas nikmat iman kita sebagai orang Islam, dimana pun bumi kita pijak, pandangla dalam dasar hati anda & tanyalah siapa Pencipta yang Agung, InsyaAllah pasti akan bertambah keimanan anda kepadaNya"

 " Amboi syoknya orang Thailand seluruh pelosok dah ada wifi free, Malaysia bila lagi? # huntunglahh!!"


Puas dah amik gambar dan amik ketenangan di atas puncak bukit ni, we all bergerak turun untuk ke next destination.Untuk ke Songkla makan masa kira-kira satu jam setengah perjalanan dengan anggaran jarak kira-kira 50 km. Boleh tahan la jauhnya.

Biasa dengar blogger akan sewa teksi atau van tetapi kali ni we all lain sikit, nama pun backpacker so haruslah naik tuk tuk ajer!. Runding punya runding Alhamdulillah dapatlah we all harga termurah kot 1500 bath (RM150) pusing-pusing Songkla dan Hatyai sepanjang hari ni termasuk return Hotel. Yang ditunggu-tunggu kini semakin hampir, Samila Beach,Songkla yokk!!

" Satu keunikan yang ada kat Hatyai ni, walaupun jalannya sentiasa sibuk tapi perjalanan sentiasa smooth jer. Maksudnya jammednya tak lah stuck memanjang"

 " Haa bukan senang nak suruh suami aku ni posing buat peace cengginih, bukan senang okay,, bukan senang *lap peluh di dahi sendiri*"

 " Gambar muka teruja yang tak leh nak cover lagi dah, tak sabar dah nih nak meet the beach!"

" Elok kat tengah traffic light tu terjumpa pulak geng gegurl dari Malaysia yang on da way nak ke Samila Beach jugak, haruslah teruja kan orang kitew ada kat negara orang, sempat snap gambar ni buat kenangan gitew"

"Dalam sibuk menikmati view dari dalam tuk tuk, dengar pulak suamiku jerit-jerit tunjuk kilang company dye (tuk tuk ni open air so paham-paham jekla nak cakap kena jerit kuat sket), amboi teruja benar nampak cik abang?"


" Haa ce dengar lagu Thai dia happening kan? cuaca pon berangin, enjoy!"

" Benda paling banyak kat Thailand selain kereta toyota & honda ce teka apa?? 7 Eleven lah!, bayangkan setiap 500 meter je mesti ada 7 Eleven"

" Perjalanan kira-kira sejam setengah ni tak terasa sebab view bandar Hatyai Songkla ni cantik sangat!, bersih, tak terlalu sesak, tak terlalu sunyi, just nicee!"

" Bunga kertas tanam tepi jalan pn kelihatan lawa,ke mood aku yg tengah lawa time tu erk?"

" Samila Beach.Welcome!"

 " Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Cantiknya ciptaan Allah"

 " Jalan tepi pantai Songkla, orang ramai tapi jalan smooth jerr, tempat pon bersih"

 " Mermaid Gold ni trade mark Songkla,ala-ala duyung menunggu putera rajanya datang melamar gitew, tapi cian gak kena tunggu panas-panas ni, nasib tak cair"

 
Di pantai Samila ni memang lengkap dengan kemudahan toilet, tempat makan, surau, tempat jual souvenir, tempat santai-santai dan taman mainan kanak-kanak untuk beriadah. Kalau hujung minggu mesti warga Thailand bawak anak-anak dia bersantai kat sini kan?. Yang bestnya kat sini ada jual junk food Thai yang panas-panas. Haa meh belanja gambar sikit, sorry jangan terliur yer!

 " Mari-mari cucok panas, harga range 20 ~ 100 bath jerr!"

 " Sotong celup tepong celup myk panas pon hado! Ya Allah sedapnyer sotong cucuk 50bath gemuk gemuk sotongyer"

" Tengok range harga dia tahap mampu milik lagi la, rasanya pun sedap-sedap. Memandangkan aku ni penggemar makanan Thai so memang heaven la bagiku"

" Haa the best in Thailand ni, Songkla songtam! (spicy papaya salad) 60 bath jer"


 " Kedai souvenir & kedai mainan memang banyak kat sini, sediakan cash money saja"

"Sempat lagi mintak pakcik tuk tuk amik gambar we all dalam tuk tuk legend ni"

 " Jom! kitew amik gambar bertiga, ngeee!"

" Kucing meow terbesar kat asia aku gase,ni kalau nana (my niece yg penakot kucing) nampak ni mau dia menjerit lari lintang pukang, haha"

" Nama tugu ni The Seulpture of The Mouse and the Cat. Khabarnya macam pengembaraan kucing dan tikus untuk kembali ke kampung halamannya, Wah kalau buat filem mesti jadi hits erk?"

 " Walau dalam panas terik tapi disebabkan seronok punya pasal hilang rasa panas dan penat bila tengok view pasir putih ni"

" Mercu tanda pantai songkla, haiish banyak nak mercu tanda mana satu ni"


Rasanya setakat ini dulu entry untuk kali ni, lepas ni nak pergi tempat tinggi atas bukit, dia punya view Subhanallah! belanja habis!,Apepon kenangan bersantai di pantai Samila memang satu kenangan yang indah. Antara pantai yang tercantik kat Asia okay!. 

Till next entry! see yaa!

No comments: