Saturday, November 21, 2015

LAWATAN KE LANGIT BIRU! SKY BRIDGE & OBSERVATION DECK PETRONAS TWIN TOWER KLCC


#CIKFIQAREVIEW

KLCC, Petronas Twin Tower?
Biasa dah dengar, biasa dah tengok, biasa dah ambil gambar nun kat tepi kolam air pancuran tu, soalan kitew hari ini, pernah naik skybridge KLCC? pernah jejak Observation Deck tingkat tertinggi KLCC?pernah rasa naik lift laju dari level 1~ level 86 dalam masa 15 saat dgn kelajuan 3.5 M/S?. 

Haa... kalau tak pernah hari ni aku nak share review sket manalah tau ada yang tegase nak pergi lepas baca entry ni..(eh ada orang baca ke??..hikhikhik).

Tiket masuk(MYKad)
Dewasa : RM26.50
Kanak kanak :RM12.70

Dewasa : RM84.40
Kanak-kanak : RM31.80

Waktu tu we all pergi 1 Mei 2015 semperna Hari Pekerja yang lalu (ok tau entry dah leh bukak muzium)!, Waktu lawatan open setiap 15 minit bermula 9 pagi hingga 9 malam. We all ambil slot sebelum rehat tengahari iaitu pukul 12.45. Untuk pengetahuan semua, tempoh masa lawatan kedua-dua tempat (skybridge level 41/42 & observation deck level 86) adalah kira-kira 45 minit jerr..Sekejap kan? nak amik gambar pon kelam kabot dibuatnya. Ok jom belanja view!

" Entrance masuk Petronas Twin Towers"

FI parking atas bumbung, rare ni"

 " Design siling dye menarik, tempah kat mana erk?"

"Untuk sampai ke entrance Twin Tower Sky bridge, kita akan lalui satu escalator cute ni untuk turun ke aras bawah sekali, rasanya troli tak lepas kalau nak lalu ni"

 " Muka teruja + muka tak cukup tidur ( we all datang naik train pagi ni hokay, huhu)" 


Untuk mulakan lawatan we all kena berada 15 minit awal dari masa lawatan, so time tu siap-siap dapat tag nama visitor yang warnanya berbeza mengikut waktu lawatan. Tak dinafikan sistem dan kawalan keselamatan di sini memang ketat dan teratur. Sebelum naik lift sempat main game interactive kat wall yang disediakan tapi kalau menang tak dapat hadiah pon?.. hihi

Selepas pemeriksaan yang ketat (ala-ala kat lapangan terbang), we all naikla lift laju yang makan masa beberapa kelip mata je untuk sama skbridge tingkat 41. Liftnya sangat style, siap ada 3D animasi macam real la ibarat lift tu lutsinar. Tapi masa naik cam segan nak snap gambar sebab dalam tu majoriti foreigner. Kalah orang lua ko dia punya jakon!..*tutup muka!*. Ok sky bridge there you go! 

 " Subhanallah cantiknya kalau view dari atas ni!"

" Bangunan ni pakai sistem solar untuk mendapatkan tenaga"

 " Ini pulak view menghadap landskap taman KLCC"


 " Elok je logo petronas kelihatan dari atas skybridge"


" Bila dah ada kat tengah-tengah skybridge ni tak gase gayat sangat mungkin sebab areanya yang luas dan kita yakin dengan pengukuhan jambatan langit nih"


 " Menghadap public bank depan KLCC"

 " Panorama view, lambakan bangunan 'mencakar langit' "


" View antara dua menara"

Dekat skybridge ni we all cuma diberi masa 15 minit je untuk rakamkan kenangan bergambar, sekejap sangat kan? tak dan la nak amik gambar sendiri. amik gambar view je dah habis 15 minit.. wuaaaa!! Tak ACI!

Tiba di level 84 kalau tak silap, we all diminta tukar lift untuk ke lift observation deck. Design dalamannya sangat kelas dan berteknologi tinggi. Sampai gase tak layak pulak kamera aku ni nak snap gambar. 

" Tingkat tertinggi pernah naik setakat hidup ni *lap peluh didahi*)

" Semua yang dibawah nampak macam anak semut jerr"

" Flyover pon nampak dari sini hokay!"

"Replika KLCC diperbuat daripada Prospek"

" Dengan melihat je kita dapat rasa betapa gagah perkasanya menara ni yg diperbuat daripada high class Stainless steel, bangga kan jadi anak Malaysia? "

" Amik gambar jauh-jauh sikit dari platform tinjau, nampak sangat penakutnya, hewhew"

" Selfie sebelah Nikon 30x80, katanya semahal sebiji Lancer, betul ke?"


 " Ngeeeee, gayat tak gayat?"

 " Interactive wall, style tue!"

" 452 meter tinggi hoi!"


Dekat atas observation Deck ni we all diberi masa lebih kurang 25 minit untuk membuat tinjauan dan menikmati view. Ada juga disediakan beberapa teropong peninjau jenis Nikon 30 x 80 pxcell. Wow!, Boleh nampak planet Do Min Joon (My Love From The Star) dari sini tak?:P

Sungguh pengalaman dapat naik ke tingkat tertinggi buat we all gase teruja sangat dan berbangga jadi anak Malaysia, tahniah Tun Dr Mahadhir kerana inspirasi dari beliau kita ada sebuah bangunan berpestij tinggi macam ni kat negara sendiri. Khabarnya, Tun dedikasikan pembinaan menara ni untuk isteri tersayang. Bentuk H seperti nama Hasmah!. Romanticnyer Tun!, Okay kalau macam tu saya pon nak dedikasikan bangunan H ini khas buat suami tersayang, HASMADI!, ok tak? ngeee"


Untuk info lanjut berkenaan lawatan ke langit biru ini boleh la survey-survey dekat offical website Petronas Twin Tower okay!


so till next entry, Keep bersyukur dengan nikmat aman dan iman yang kita kecapi setiap hari ya you all!, Take care!

No comments: