Sunday, November 15, 2015

JOM JALAN JALAN PENANG - PART 2

#ASSALAMUALAIKUMDONIA

Bertemu kembali kitew untuk sambung entry pasal jalan-jalan ke utara Semenanjung Malaysia, PENANG!.. Walaupun we all hanya spend dua hari kat sini tapi rasanya dah cukup berikan kenangan-kenangan indah yang boleh kami bawa pulang ke negeri halaman nanti, huhu. 

Teruskan ke lokasi seterusnya iaitu :-


3) #PENANG STREET ART

Street art ni terletak di lorong-lorong jalan Geogetown, Memang senang nak cari. Aku cadangkan kalau ada yang berminat nak cari semua street art yang ada kat Penang Street ni better you all sewa bicycle. RM10 je sekali sewa, pusing la sampai lenguh tak dak sapa nak larang.. Ok we all sewa dekat kedai Freedom Cycle Leisure Supply yang terletak di Victoria Street, senang je nak cari. Sampai kat kedai tue Ya Allah rambang mata nak pilih basikal, ada macam-macam jenis basikal, ada basikal siap babysitter pon ada.. 

 " En Mady punya basikal kaler biru,, hewhew"


 " Yang ini kitew punya! pinky sangat erk?"

Kedai beskal tu siap sediakan map tau untuk jejak semua street art kat area geogetown ni. So apa lagi, marilah kitew belanja gambar hasil operasi :)

 " Boy & Dinosaur EZ" Mural , Armenian Street

 " Hai pakcik bertiga tengah buat apa tue?"

" Okay kita dah nampak nasi kandaq ni jap g nak hunting nasi kandaq real!"

" Little Children on a Bicycle" Mural, Armenian Street

 " Skippy" Mural, Armenian Street"

 " Gagal cari nama mural ni, tapi aku suka jendela lama tu, legend kan?"

" Boy on a Bike" Mural, Ah Quee Street"

 " I want pau" Mural, Armenian Street"

 " Children on swing"

 " Love Me Like Your Fortune Cat" Mural,

" Minions!"

"Reaching Up" Mural, Cannon Street"

Memang aku tabik la dengan kartunis nama Ernest Zacharevic ni. Pandai betul dia jadikan karya seni dia kelihatan hidup dan bernyawa. Memang nampak real! Bagi aku karya seni dia memang layak dapat pengiktarafan dunia!. 10 bintang lah bagi kat dia!..hihi. Ok difahamkan ada kira-kira lebih 30 street art yang telah dipasang dan dilukis di area Bandar George Town ni, so pada yang rasa berminat nak expolore tu silakan la ready untuk keluarkan peluh anda demi menjejaki dan merasai sendiri pengalaman melihat karya seni ini one by one LIVE !. Ce klik for info : Penang Street Art 

 " Senibina lama Masjid di Bandar George Town, Klasik erk!"

 "Gambar last baru nak masuk muka dia, haish nak buat cmne en Mady saya ni sangat pemalu orangnyer:P "

Ok kalau dah sampai dekat Penang ni jangan la you all lepaskan peluang menjamu makanan-makanan Penang yang sedap-sedap!.. Huh rasa terliur pulak kitew bila teringkat balik makanan sesedap tue. Antara yang special kat Penang ni adalah Ice Cream ala-ala Sangkaya (atau Sangkaya ala-ala beliau erk?) Haahaa xkesahla yang penting sedapnyer tak terkata!, Gitew?..

 " Mama Miya Coconut Ice Cream, Lebuh Pantai"

Satu lagi #musttry kat Penang haruslah Nasi Kandaq Line Clear!



Masa we all sampai sini nak dekat magrib, so tak berapa ramai orang, datang dengan naik beskal parking tepi terus masuk tapau. Mula-mula tak berapa nak yakin sangat dengan kata-kata orang, iyerla belum cuba kan, Tapi bila kamu dah cuba, percayalah, SEDAP TAK HINGAT BAK HANG!

" Ayam+udang+kuah+nasi kandaq+acar + panas-panas = BOOM!"

Malam tu ingat nak pusing-pusing Padang Kota nak makan Pasemboq tapi disebabkan kepenatan cancel nak keluar dari bilik hotel. Dekat Penang ni we all menginap dekat Hotel Sentral Seaview, Tanjung Takong, Penang. Memang nice sangat, besau gila bilik dan harga berpatutan. lebih kurang RM150++ Jer (Breakfast)..Siap ada verandah okay! tu yang best nak tengok view laut Batu Feringgi. Tempat parking pon disediakan. 

" Penampakan tuan besar sedang bersandaq di bucu bilik akibat kekenyangan. hihi"

Ok nak belanja sket view hotel ni yang tenang dan romantic :P. Sesuai untuk pencinta kedamaian macam you all kan? :)





Keesokkan paginya lepas breakfast seaview yang romantic, we all gerak ke Jeti untuk naik ferry!. Rugilah kalau mai Penang tak naik ferry sekali dengan kereta hokay!. Haa ni ada sket tips kalau you all gase nak naik ferry bersama-sama kereta anda secara FREE, Kalau naik dari Raja Tun Uda Ferry Terminal (Pulau) ke tanah besar tak perlu bayar ok!. best kan?.. Tapi kalau you all datang dari Sultan Abdul Halim Terminal haruslah bayar RM1.40 (Kereta). Tak mahal pon kalau bayar.. tak kisah pun kalau nak dibandingkan pengalaman dapat naik ferry yang old skull ni. Disebabkan asyik sangat tengok view bila belek belek gambar balik baru perasan aku xda ambil gambar ferryy pon. Semuanya video dan gambar laut, hewhew. Apela.



 " Jambatan Pulau Pinang!"


 " View George Town, see you again!"


 " Sempat snap kerusi ferry yang rare ni, smart betul, both side boleh guna."


" Gambar berdua haruslah ada, sila abaikan muka penat itu dan nikmati view!"


Even short vacay tapi rasa puas hati sangat sebab dapat pergi semua tempat yang we all planning nak pergi. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik kat Penang ni cuma we all pilih sebab mana yang betul-betul nak pergi sebab nama pon short vacay kan?. Kat Penang juga ada banyak jenis makanan yang you all boleh try. Semuanya sedap sedap you all!. After all we all still bersyukur di atas kesempatan dapat spend masa together gether kat bandar yang menarik ni. Memang tak rugi kalau you all ke Penang tau!.Ade rezeki nak g ngan baby and family yg lain pulak :) hikhik, InsyaAllah. 

Ok till next entry, have a niceee day you all!. :P

No comments: