Friday, November 20, 2015

SHOPPING DI WANG KELIAN & SATUN & PADANG BESAR

Assalammualaikum!

Kembali kita hari ni nak story sket tentang sambungan trip panjang jelajah utara kita hari tu, balik jer dari Penang we all terus bergerak naik ke negeri paling utara sekali kat Malaysia iaitu 

"PERLIS INDERA KAYANGAN". 

Sebenarnya beberapa minggu sebelum trip we all, office mate ada buat lawatan ke Perlis, dan demi kerana kasihku pada encik suami..(eceh-eceh jiwang karat), aku tak berniat pon nak pergi sebab tak seronokla pergi seorang tanpa kesayangan di sisi kan? Bila tengok kengkawan g rasa macam best je market kat Satun tu dalam hati tergerak ''bestnyer kalau dapat pergi.'' Alhamdulillah, en suami memang memahami dan tiba-tiba bagitau nanti nak singgah pergi SUNDAY MARKET kat Satun. Ya Allah berbunga-bunga gumbiranya hatiku!

Ok ni nak story perjalanan dari Butterworth nak ke Wang Kelian-Satun (Sempadan Thailand) ambil masa kira-kira dua jam jugak. Jalanya boleh tahan mencabar, berbukit-bukit dah macam nak g Cameron pon hado. Apa yang best kat tempat tu sampai beriya nar we all nak pergi??.. HAA setiap pagi ahad di sempadan Malaysia Satun Wang Kelian ni ada pasar pagi yang menjual pelbagai jenis barangan rumah dan makanan. Ada la beberapa gambar yang sempat aku snap sebelum pagiku hanyut dengan menikmati keseronokan shopping barangan murah yang tak ada kat tempat lain dalam Malaysia ni oii..

" Yeah dah sampai perlis! sibuk lakiku suruh snap gambar mercu tanda JKR.. eh eh"

" Tengok pemandangan pokok unik ni buat aku rasa fefiling di Australia pulak, ERRK?"


Perjalanan kira-kira dua jam memang tak terasa bila mata dijamu pemandangan ciptaan Tuhan yang Maha Indah, itulah tujuan sebenar kita melancong tempat orang kan?. Bukan setakat nak melihat perbezaan culture di sesuatu tempat tu, tapi lebih nak melihat kebesaran Allah yang jelas kelihatan di mana-mana.

Alhamdulillah diberi nikmat iman dan aman yang berpanjangan. Sebenarnya trip kami ke wang kelian ni kira-kira beberapa bulan sebelum negera digemparkan dengan penemuan kubur besar pelarian berdekatan kawasan sempadan tersebut. Memang terkejut sangat tapi masih rasa bersyukur sebab perjalanan kami lancar dan dipermudahkan urusan.

Sebelum naik ke Wang Kelian sempat la en suamiku tunjukan tempat dia belajar dulu kat Unimap, area Kuala Perlis, amboi ajak kitew mengimbas kenangan nampak? rindu zaman study le tuew.:P. Bandar Kuala Perlis ni kecil comel aje, tapi bersih dan tenang jer.. bagos perancang bandar dia.. lupa pulak nak ambil gambar time tu...

" Encik suami kata ETS (Keretapi laju) dah launch dari KL pi Padang Besaq, So bila nak try nih?.. hihi"

 " Satun ni daerah Thailand yang selatan sekali dan majoriti penduduknya adalah beragama Islam mazhab Imam Shafie macam kita, so bab makanan jangan risau, halalan toiyibah , InshaAllah"

 " Pagi ahad yang ramai sangat manusia! bila dah rambang mata lupa nak snap gambar-gambar barangan yang dijual tapi percayalah memang best giler, murah-murah!"

ANTARA BARANGAN YANG DIJUAL DI WANG KELIAN~SATUN!: 

Toto, periuk belanga, mainan kanak-kanak, basikal, peralatan elektrik, kereta kawalan, mainan elektronik, tikar, peralatan dapur, hiasan kayu yang unik, souvenir, baju, beg kulit, beg packer, kasut, tudung,pin tudung & mutiara, tikar, karpet, tilam, alat pancing, alat berkebun pon hado!. Ya Allah banyak lagi la tak tercatit. hewhew. Bila pikir-pikir balik kenapalah aku tak g borong barang-barang ni untuk jual balik kat opis, mesti dapat sambutan menggalakkan erk?.. hihi. Tulah bila dah rambang mata semua jadi lupa.


 " Gambar wajib  berdua lebih baik haruslah ada,ni dekat post kawalan sebelah Thailand, muka pegawai Thailand tu serius yang amat, seriau pulak cik kak gase bila nk amik gambar time tu"




" Haa dalam panas-panas cuaca sempat la aku bersapa denga tiga wanita Thailand ni, bukan selalu jumpa ye tak?, SAWADIKAP!"

Di bahagian post kawalan Malaysia ada disediakan tandas awam dan surau, tetapi yang paling mendapat sambutan sebenarnya di kawasan selepas pos kawalan Thailand. Pengunjung boleh berjalan sampai ke hujung pasar tanpa perlu menggunakan passport dengan limit 1KM jauhnya. 

Thailand memang terkenal dengan service motornya so agak-agak siapa yang dah hanyut nun jauh ke dalam market dan di tangan kiri dan kanan dah penuh hasil tangkapan bolehla bayar RM2 dan mintak tumpang motor kembali ke kereta anda okay. Tempat parking kereta disediakan di bahagian post kawalan Malaysia tanpa sebarang bayaran.

Pada yang rasa nak pergi tu dinasihatkan pergilah awal-awal sebab takot nanti you all kena menapak jauh untuk sampai ke post kawalan Malaysia. Tapi sejak-sejak penemuan kubur besar pendatang tu aku tak pasti adakah masih ramai lagi sambutan rakyat Malaysia ke sana.?


Ok puas melayari dunia shopping di Sunday Market Satun we all bergerak pulak menuju PADANG BESAR! Suamiku nak beli baju jersi murah-murah katanya kat sana. Perjalanan lebih kurang 1 jam kalau tak sesat nar.. hikhik

 " Patutla gase nak cari kolah nak berkubang je la ni, tempat paling panas kat Malaysia gupanya"


Kat sini tak da gambar sebab time tu dah penat shopping kat Wang Kelian tadi bila sampai sini dye macam suam-suam kuku keterujaannya..gituew? .Bagi aku kat Wang Kelian lagi murah kot barangnya.. well well..*jungkit bahu*

Ok sekian short entry pasal shopping di Wang Kelian Satun, apa yang boleh disimpulkan memang puas hati sangat sebab macam-macam hado kat sini. Kalau berniat nak pergi tu silalah sediakan cash money yang banyak yer baru gase tak nyesal nak mintak patah balik nanti.. hihikhik. 

Till next entry. Sawadikap!

No comments: