Saturday, November 21, 2015

BACKPACKER ~ HATYAI SONGKLA, THAILAND - PART 1

#ASSALAMMUALAIKUM DONIA!

Ke mana kitew nih hari ni nak throwback trip backpacker pertengahan tahun yang lalu( harap maaf blog ni memang ketinggalan 300 hari hewhew), we all ke negara jiran kita, negara gajah putih, Sawadikap!,

HATYAI & SONGKLA , THAILAND

OK dek kerana nak merasa pengalaman naik train dari selatan semenanjung ke selatan Thailand we all decide naik KTM Express Senandung Langkawi seperti details di bawah :

Senandung Langkawi
Superior Night Class (Sleeper Coach)
Tiket tambang : RM60
Destinasi : KL Sentral ~ Hatyai (13 jam)
Waktu Perjalanan : 10 Malam ~ 12 tengahari (Waktu Thai)

Pada mulanya ingat nak booking tempat duduk 1st class yang macam private room tu tapi untuk route time tu memang tak ada so teruskan jugaklah niat nak naik train dengan book seat second class je. Haa pada yang tak tahu, route ni hanya ada sekali je sehari iaitu jam 10 malam, so silalah rancang perjalanan anda dengan teliti okay!.

" Inilah sleeper coach tempat tidur, tempat makan, tempat berangan, tempat mengarang novel, ehh? untuk malam ni jerr"

"Disebabkan size aku yang sedang ke arah kecik, so aku volunteer la nak tidur seat atas"

"Untuk aku memang selesalah, tapi kalau lelaki kompem tak selesa, sebab siling rendah dan kepala pon xlepas, so siapa gase dye badan besar silalah amik seat bawah okay"

" Sempat lagi amik gambar kenangan sebelum train ni gerak,nampak tak bahagian tingkap atas tu la seat aku, seat bawah lebih selesa & luas kan?."

" Terasa macam naik Chennai Express pulak, agak-agak SRK sama train tak dgn kitew?"

 " Backpacker trip officially start!"

 " Sampai alor star kira-kira jam 7 pagi, aduh badan dah mula lenguh-lenguh duduk lama dalam train tapi demi semangat backpacker kitew teruskan jugak!"

 " Asalnya nak naik train ni sebab nak tengok view sawah padi katanya, tapi sekarang bukan musimnya sangat kot, tak banyak kelihatan sawah padi"

Alhamdulillah,selepas menempuh 25 station we all selamat tiba di Immigration Padang Besar, Perlis lebih kurang jam 8.35 pagi.Station ni adalah station terakhir sebelum sampai di stesen Hatyai, Thailand. Semua penumpang dikehendaki turun dan bawa semua harta anda untuk diperiksa kastam Malaysia dan Thailand. Immigration Thailand ni seram tengok, bengis- bengis orangnya. Tak tahu la kalau perasaan aku je kot.


Yang tragisnya gupanya we all kena menunggu gerabak ni isi minyak & bersihkan train sebelum meneruskan perjalanan naik ke Hatyai, tu yang cecah sampai 13 jam tu oii, dekat padang besar je dah idling dekat 3 jam setengah kot! Lamanyer oii, sempat mandi, makan, tido tepi landasan, bangon balik? haish bila nak gerak ni!


Di Station Padang Besar ni disediakan tempat makan, toilet, surau, mini market, mesin ATM kena keluar dari station tapi tak jauh kata penduduk kat situ. Mulanya takot-takot terlepas train tu yang tak berani nak keluar dari station. Last2 jenuh menunggu train yang ditunggu tak kunjung tiba..punah!

Puas tengok nature, puas makan, puas tido. puas dengar brader sebelah sembang kencang sepanjang jalan, akhirnya sampai jugak kitew ke destinasi!

HATYAI TOWN!!


Ya Allah turun je dari train kiri kanan peniaga jual sayur elok je parking tepi landasan dan buat aku tegase macam kembali ke zaman purba la pulak. Stesen dia agak old skull tetapi nilai kesenian dia memang menarik la jugak. Lupa nak snap gambar stesen keretapi dia!

Sampai-sampai terus naik tuk tuk cari KKKL Kaunter untuk beli tiket bas balik siap-siap. Aduh laki aku suruh naik bas der! cuak tak hingat lah!. Harga tiket dari Hatyai ke Johor Bahru 900 bath. Lebih kurang RM90 henget Malaysia.

"Sempoi je orang thailand ni pandai cakap melayu okay, bahasa tak da masalah"

Time tu we all sampai waktu Thailand dah pukul 12 tengahari, so maknanya waktu Malaysia dan pukul 1 Tengahari. makanya perut udah mintak di isi, apa lagi carilah kedai makan nasi ayam goreng yang paling femes kalau kat Bandar Hatyai namanya Kai Tod Daycha Hatyai. Sedap sangat nasi dan ayam gorengnya sampai sekarang terasa. 


" Tengokla ayam gorengnya panas-panas memang sesuaila dengan perot yang sedang kelaparan ni"

" Haa ini lah nasi goreng yang terhangat di pasaran Thailand tue"


Banyak lagi makanan ada jual kat sini, tom yam ada, songtam ada, nasi goreng pataya ada, dan yang paling fofular kat sini dia punya teh ais!. Wow rasanya!. Mantap!. Harga makanan pulak lebih kurang kita jugak ikut tempat kot, kalau popular tu mungkin mahal sket la. Nasi ayam tu harganya 70 bath sebungkus. Yang penting makan panas-panas memang syok!


Lepas tapau makanan terus bergerak ke hotel tempat we all akan menginap iaitu WIN RESORT, Khlong Hae untuk dua malam kat Hatyai ni. Silapnya trip kali ni we all dah booking awal untuk dua hari so tak dapat la rasa pengalaman menginap di Hotel sekitar Bandar Hatyai. Win Resort ni terletak berdekatan je dengan Floating Market yang femes dikalangan pelancong dan kedudukannya jauh sedikit dari bandar Hatyai.

" Gambar dalam tuk tuk haruslah ada, kan?"

" Benda rare yang tak ada kat Malaysia dan hanya di Thailand!, Wayar berselirat!"

" Bandar dia bersih , walaupun kabel berselirat, trade mark okay"

" Papan tanda dwi bahasa okey senang jugak nak cari jalan"

" Banyak jugak roundabout ada kat bandar Hatyai ni,"

" Haa ni bukti kita di Thailand sekarang nih, Thailand flag!"

Perjalanan dari bandar Hatyai ke Khlong Hae makan masa kira-kira 30 minit bersamaan 30 km. Kalau naik tuk tuk bayarannya lepas tawar menawar dapatlah 250 bath (RM25) one way. Hotel yang kami pilih ni senang dikesan sebab terletak di tepi jalan. Kalau dari bandar Hatyai sebelah kiri jumpa Khlong Hae Floating Market depan sikit je sebelah kanan jumpa dah signboard WIN RESORT ni.


" Dah macam kat rumah dah sebiji-sebiji biliknya"


Haa, hotel ni ala-ala homestay, biliknya bekembar dan luasnya jangan cakaplah, leh tahap main kejar-kejar besar biliknyer. Harganya pulak amatlah puas hati. We all book kat agoda semalam hanya RM68++ jerrr. Murahkan??. Kalau dua malam baru RM140. Sikit tip kalau nak g trip ni kita kena rancang awal mana nak tidur, mana nak pergi & selalulah ringankan tangan survey offer yang ditawarkan. Agaknya memang rezeki we all dapat harga murah time tu. Kalau kat Malaysia mana untuk rega RM100 ke bawah ni standard umah urut je.. kan? hewhew .Lokasi hotel ni strategik sebab dekat sangat dengan pasar terapung so dia macam kalau lapa jer terus boleh berdezub 2 minit sampai terus dah leh makan kat pasar tue dengan amannya.. hihihi 

Lepas check in yok kita teroka Hatyai!

Khlong Hae Floating Market

Market terapung ni adalah antara pasar paling famous kalau kat Thailand. Ada lagi satu Floating Market di bandar Bangkok cuma di sana orang kata susah nak jumpa makanan halal. Sebab tu ramai orang islam kita pergi ke sini sebab di sini majoriti semua makanannya halal dan yang menjualnya pun orang islam. So takperlu lah rasa ragu-ragu okay.

" Haa Orang thailand pon makan sushi tau!, ingat makan tomyam jerr"


Cara urusniaga di sini agak unik tau, peniaga duduk di perahu, pembeli di tepi jeti perlu pilih nak makan apa jenis makanan dan bila dah siap pembeli kena letak duit dalam bekas yang dipasang pada batang kayu panjang. Dari dalam perahu peniaga akan hulur makanan yang dah siap dan pembeli masukkan duit ke dalam bekas tu. Simple tapi unik kan?

" Pencake pon ada bah, perisa seafood lagik"

" Air minuman semua jual dalam bekas tanah liat pelbagai bentuk, ada bentuk bunga, tembikar, bentuk doraemon pon hado tau! chanss kan?"


Masa we all sampai petang tu sedang diadakan persembahan tarian Siam di pentas utama.Yang respectnya aku dekat orang Thailand ni sedang elok menari tu announcer umumkan nyanyian lagu kebangsaan Thailand, terus semuanya berhenti dari berniaga dan bangon dari duduk tanda hormat pada lagu kebangsaan. Sekali dengan orang Malaysia yang berlambak dekat situ pon ikut berhenti tanda hormat. #respect



Di sini ada disediakan pondok-pondok untuk menjamu selera yang diperbuat dari atap rembia, klasik sungguh tapi kena sabar la bila orang ramai macam ni susah sket nak cari tempat duduk kosong, makanya orang kalau dah duduk tak geti geti nak bangon, amboi syok makan nampak?, ingat-ingat la orang belakang nak makan jugak ye cik kak.


" Nasi ayam goreng dia sedap tapi aku gase tak sesedap nasi ayam goreng aku makan lunch tadi kat Kai Tod Daycha"


Macam-macam jenis makanan halal dijual di sini antara yang femes bubur seafood, nasi ayam goreng, ketam goreng, sotong goreng, seafood panggang, ice cream, jelly, sushi, otak-otak desert lain pun banyak. pendek kata semua makanan ada jual kat sini. Harga pun boleh tahan murah.


 " Harga bubur seafood 450 bath. (RM 4.50)"

 " Untuk harga seafood goreng ni ikut gram, so yang besar tentunya lagi mahal dari jenis yang kecik.100 gram dalam 130 bath (RM13)

 " Ice cream dalam bekas tanah liat, rare kan? rasanya belum ada kat Malaysia ni"

" Nampak tak lautan manusia!. wuah ramainya orang!"

" Muka ada senyum sebab semua makanan yang di syorkan blogger berjaya dikesan!..hihi"

" Hasil tangkapan petang ni, makan tapau kat hotel je sebab dekat sangat tempatnya dari hotel, (bubur seafood, sotong goreng, otak-otak ikan, nasi ayam goreng, sosej bakar,crab cake) nyummy!"



Ini pintu gerbang floating market, di dalam ni ada taman rekriasi jugak dan jual banyak barangan kraftangan & souvenir yang murah-murah. Nasihat aku kalau nak beli souvenir macam t shirt dan fridge magnet silalah beli kat sini, nanti kat Bandar Hatyai agak mahal. We all terjumpa satu kedai keychain jual kraftangan yang boleh tulis nama pasangan,2 keping baru 20 bath je, murah kan?


" Tengok tu hari dah beransur malam pun masih ramai lagi pengunjung tak putus-putus membeli makanan, mungkin sebab harganya yang murah dan sedap kot"


View malam perahu-perahu peniaga elok je parking kat situ, Tempat ni memang happening waktu malam, siap ada pertunjukan & game ala-ala fun fare pon ada. Budak budak kalau jumpa memang seronokla, so pada yang ada anak tu bersedialah untuk dipau yer!

Di bahagian atas floating market tu juga ada jualan makanan dan pakaian serta kraftangan, memang murah dan harga boleh tawar menawar.


Okla cukupla entry pasal Hatyai Part 1 InsyaAllah kalau ada mood akan disambung lagi yek!, Total makan-makan kat Floating Market hari tu kira-kira habis 350 bath bersamaan RM35 Okla tu, segala jenis makanan dapat merasa. Kalau kat Malaysia gasenya jangan haraplah dapat.

Till next entry!. Alhamdulillah untuk hari ini jangan luper! :)

No comments: