Thursday, December 3, 2015

BULAN MADU ANNIVERSARY - FLORIA PUTRAJAYA 2015

Assalammualaikum dunia!

Dalam hidup yang singkat ni kitew tak perlu banyak fikir, especially fikir tentang pendapat orang lain. Sebab apa? sebab kalau negatif ia boleh menganggu hidup kitew.. so chill jer okay!
Ke mana kitew kali nih yer?


Haa  berzaman dah baru nak update tentang short vacay we all ke Floria Putrajaya 2015 pada 6 Jun 2015 yang lalu. Apa yang istimewa tentang hari tue? Alhamdulillah genap setahun we all mendirikan rumah tangga. How time flies! rasa macam baru je diijabkabulkan :) Okay tutup story anniversary dulu please! :P

Pagi tu we all naik flight jer ke Putrajaya. Disebabkan tambang murah (dua hala RM100) dari naik bas atau drive kereta, decided naik dari Senai Airport makan masa 45 minit jer dah sampai KLIA2. Tak payah tempuh jammed & tak payah bayar tol yang makin mahal. OK Itulah kekdahnya.

"Dapat pulak naik special airbus pagi tu, Queens Park Rangers, kerlas!"

Dari KLIA2 we all gerak naik KLIA Ekspres untuk ke Putrajaya Station yang ambil masa kira-kira 30 minit perjalanan. Harga tiket boleh tahan murah jer kalau nak compare dengan naik teksi, okay seperti di bawah.

"Sumber KLIA Ekspres"

" Sejenis habit dengar lagu dalam semua jenis kenderaan memang tak boleh nak buat apa, even motor pon okay!"

Sampai jer kat Putrajaya Station 30 minit kemudian we all terus tunggu bus free yang khabarnya akan bawa pengunjung untuk ke Tapak Floria 2015 tue. Gilew tak teruja!, free kot, then tak payah susah-susah cari parking. Jalan dah sah-sah akan jammed nanti 10 minit kemudian. . .
Dah sampai! Cantiknyer! *nanges*
Harga Tiket masuk RM5 Dewasa & RM1 je untuk kanak kanak

" Welcome entrance"

" Tempat tumpuan utama, rasanya yang ni paling meriah bunga-bunganya"

" Bunga bunga fresh cantik! *juling mata*"

"Tmn. Diraja Negeri Sembilan,Minangkabao yop" 


 " Agak-agak kalau cabut satu dia kira balik tak ada hilang?" Ngee, *geram*"

" JDT pon hado kat sini, JDT everywhere!, Gitew?"


 " Okay nak kemana kitew nih? jom I bawak!"


" Mini Melaka"

" 1000 biji mentol ada aku syak ni"


" Pijak mana-mana pon ada bunga"


" Flower everywhere dear!"



" Hobbit di alam fantasy pon ada, tapi ramai sangat serbu comot dah umah Frodo ni"



" KTM mana lah dia amik gerabak lama ni, Kalau dapat satu leh buat hipster stall erk?"*verangan*

" Trade mark Floria haruslah belon besaaaar!"


" Amboi siap ada library pulak tengah-tengah taman ni, unik!"

" Balik nanti nak buat pokok renek gantung belakang grill rumah pon leh jadi cantik kan? :P"

" Ok jangan pelik yer kenapa banyak kelihatan gambar aku jer, en suami memang tak gemar bergambar, tapi sume tempat dia suruh aku pacak amek gambar. *sigh*"


Puas pusing-pusing dibelanjakan dengan keindahan Flora sekitar tapak tu we all disapa untuk naik Putrajaya Cruise dengan harga offer RM15/ person. Time tu harga Sightseeing still mahal RM30 tak silap tu yang bile dapat offer half price terus deal. (Untuk info sekarang ni harga untuk mykad dah remain RM15/person jerr.Huntunglah!)

Ok belanja view sket!



" We all duduk outdoor depan sekali menghadap bucu tengah kapal, fefiling Titanic u all:P"

"Nice weather bae, " 

"View Bridge from Floria"

" Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, 70% steel structure & tidak ada air con @ permanent fans dalam masjid ni (ada gas penyejuk GDC jer) "

" Jambatan Seri Wawasan, unik kan, kalau malam keluar lampu colorful"

" Dari sini nampak Seri Perdana terlihat dalam kejauhan."

" Fefiling Titanic tengah panas ni? takkan? :P"


Putrajaya ada belon panas hokay, ape ingat kat Cappadocia, Turky je ada belon panas?Belon panas Putrajaya ni khabarnya tiket sentiasa sold out, sebab setiap hari jumlah pelawat adalah limited, Harga RM12/person & siapa berminat nak naik sila beli tiket online.

" Buat muka pelik pulak dye, okay cuaca memang panas sangat time tu sampai gambar pon jadi gelap, tu yang bagi BNW tue"

" Melayani diri sendiri akan buat kita lebih kenal siapa kitew"

"Flower & lover associate very well! :p"

Di dalam Tapak Floria ni pon ada indoor booth yang jual pakaian, frame, bunga, pokok, pakej holiday pun ada! Next year jangan ketinggalan datang tapak Floria ni okay, memang seronok & puas hati.

Jam 2 petang we all return ke Putrajaya Station naik bas free yang ada. Jangan risau, setiap jam mesti ada bas yang datang untuk pick up pengunjung Floria Putrajaya ni. Dari Putrajaya Station we all tunggu bas untuk ke Cyberjaya sebab nak check in di Citadines Dpulze Hotel Cyberjaya. Harga tambang bas RM2.50 sahaja.

Hotel ni terletak dalam Citadines D Pulse Mall, Cyberjaya. Harga time tu we all guna agoda dapat murah untuk bilik Studio Executive around RM180++/night, Tapi kalau walk in lagi mahal tau. Cecah RM300++/ night. So better guna agoda okay!. Hotel baru, design apartment yang besar dan semuanya baru, very highly recommended!.Nah tengok sendiri!

" Con fortyy sungguh kan?"

" Jangan kata set alatan memasak, dapur gas electronic
pon ada tau!"

" Love the tile, just nice!"


" Disebabkan hotel ni terletak dalam shopping complex so sistem security dia lebih la dari hotel lain, nak naik lift kena touchkan card bilik di sensor lift, kalau tak touch sampai ke subuh la lift tu tak gerak kekdahnyer!"

" Rooftop Swimming pool! Wow"

"Waktu operasi 8.am till 8.p.m, Pool ni level 8 sekali dengan gym"

" Love the view, damai & relax"


Actually hati ada getar bila snap gambar ni, sebelum ni pon ada snap gambar lebih kurang cam kat atas ni jugak. Dalam hati cakap "its okay dear inshaAllah one day you will no longer feel lonely and will rock the pool wif your sons or daughters, sob sob.. I is quite touching at the moment.. sedew.:/ 

Aku ni nama jer suka pool tapi zahirnya so malas nak bermandi manda, bukannya apa malas nak tukar-tukar baju.Pasal tu jer? Haish rugi erk kalau bawak mandi swimming pool berbayar org cam aku nih?..hehe.. 

" Dinner sempena malam Anniversary, tak perlu Dine In di hotel 5 bintang, yg penting hati suka, pilih slice of cake utk manisan.Simple itu Nice, okay!"


Malam tu dinner d cafe dalam shopping complex jer. Kat sini ada banyak pilihan tempat makan, Chicken Rice Shop,Secret Recipe, The Manhattan Fish, The Loaf, Coffee Bean even Boat Noodle pon ada. So penggemar makanan sila jangan panik macam-macam hado untuk dimakan di sini yer.

Kalu you all jenis menginap lama mungkin out station masuk je Jaya Grocer leh pilih je makanan frozen even nasi goreng dalam icebox dye then boleh terus masak kat dalam bilik okay. Mall ni pon ada Daiso dan SSF, apa lagi haruslah beli apa-apa yang patut buat kenangan di sini kan.


" Good nite anniversary day!, Semoga Allah merahmati ikatan kita & suatu hari nanti akan dijodohkan dengan zuriat yang mulia dari sisiNya. Amin :)"

Breakfast esoknya not bad cuma kuantiti agak sedikit sebab we all makan di Big Bob Burger dengan voucher hotel. Harap service dapat improve sebab makanan lambat topup.  Dalam shopping mall ni jugak ada game station untuk kekanak. So sila awasi kocek anda pada yang ada anak tu yer :) 


Balik ke KLIA2 ikut routine yang sama naik bas tunggu depan hotel ke Putrajaya station then return ke KLIA2 dengan KLIA Express. Memang niat tak singgah mana-mana pon selain Putrajaya & Cyberjaya & memang just nak tengok fresh flower di tapak floria jer. 

Manapun kita pergi tak kisah tempat tu best atau pun tidak, besar atau pun kecik, ramai orang ataupun sunyi, apa yang buat kita happy adalah bila kita bersama yang tersayang.. Thanks encik mady sebab treat the short vacay sempena anniversary kitew tahun ni. InsyaAllah tahun depan celebrate dekat Jepun lahh erk... ehh?? :P

Till next entry, don't worry! be happy :) 

No comments: