Sunday, December 6, 2015

FAMILY TRIP ~ PULAU TIOMAN, PAHANG

#Assalammualaikum everyone!

Hujung-hujung minggu ni mesti seronok kalau dapat picnic tepi pantai sambil makan keropok lekor kan? Haii jauh pulak imiginasi aku memalam hari ni. Maklumlah lama dah tak ke pantai. Sekarang musim tengkujuh okay!, so better picnic kat umah jekla kitew yer! :)

Story kali ni cerita pasal pantai!, Yeah! Actually we all pergi beberapa hari sebelum bulan Ramadhan yang lalu.. amboi.. dah nak masuk Ramadhan yang baru dah cik kak oii..hehehe

So kemana kitew nih erk?

# PULAU TIOMAN, PAHANG


Sampai di jeti Mersing kira-kira jam 8 pagi. Family member yang lain dah menginap di hotel Mersing malam tu, so hanya aku dan en mady yang bertyolak dari Kota Tinggi. Tiket feri jam 9.00 pagi so lepas parking kereta di tempat parking yang disediakan we all terus check in di kaunter Blue Water untuk dapatkan Boarding Pass. Boarding pass akan diberi selepas kita check in dan bayar Marine Park fee RM5 seorang.

Untuk info harga parking kereta under Majlis Daerah Mersing RM15 sehari. Disebabkan we all tak ambil full pakej, tiket feri kenalah bayar sendiri kira sendirian berhad lah yer. Harga tiket dua hala RM70 dewasa & RM60 untuk kekanak.

Perjalanan makan masa lebih dua jam, adeh terasa lamanyerr! bebudak jangan cakap la tak senang duduk dibuatnya, setiap beberapa minit tanya dah sampai ke? dah sampai ke?



We all menginap di Salang Sayang Tioman Resort, Kampung Salang. So kalau naik feri dari Jeti Mersing feri akan berhenti dulu di Kg Genting, seterusnya Kg Tekek, Panuba Inn baru smpai ke Kg Salang perhentian yag terakhir.


" Pulau Rengis!, orang kata sini tempat paling best untuk snorkeling, lepas je Kg Tekek akan kelihatan sebelah kiri"

#SALANG SAYANG TIOMAN RESORT (ZAIDI PLACE)

Alhamdulillah selamat sampai ke Jeti Kg Salang kira-kira jam 11.30 pagi. Yuhuw matahari mula nak naik, air laut pun kelihatan cantik!. Di Kg Salang ni terdapat beberapa buah resort yang femes dikalangan pengunjung. Disebabkan we all bawak bebudak yang ramai so we all decided untuk pilih resort yang paling dekat dengan pantai. Resort kami tu kalau dari jeti pusing kanan dan terus je sampai la resort terakhir iaitu Salang Sayang Tioman Resort.

" Dah sampai haruslah abadikan kenangan dulu, tapi nephew buat hal pulak merajok, sengaja sabotaj gambar tau *tengok sudut paling kiri sekali*"

"Subhanallah cantiknyer view dekat tepian pantai ni!"

"Pengunjung Salang Sayang ni kebanyakkannya foreigner so dia macam teruja dengan terik matahari berbeza dari kitew. Tengoklah tu tengah-tengah matahari terpacak dia boleh bermandi manda"

" Reception untuk check in & check out"

Waktu we all sampai, belum time check in chalet lagi, ditambah lagi ada sedikit masalah kata receptionist sebab ada pengunjung yang lewat check out. So sementara menunggu check in kira-kira jam 2.00 petang, we all letak beg dan terus jalan-jalan cari makan sebab perot memasing pon dah keriuk keriuk. 


" Adam (nephew) ni memang malu-malu kucing orangnya"

We all makan yang simple-simple je, nasi goreng kampung, nasi pataya, minum air limau ais, teh o ais.. tapi harga memang surprise sket la, mahal !!.. hurm maklumlah harga pulau la katakan. Nasi goreng biasa jer RM12, acaner tu? * angkat bahu*

" Wefie dengan my hero sat :)"

" google translate ada dekat pokok dah la ni, kreatif"


Harga chalet satu malam di Salang Sayang Resort ni RM200/malam excluded breakfast. Memang agak mahal sket sebab we all memang tak ambil pakej yang ada snorkeling bagai tu sebab kekanak semua kecil-kecil belaka, nama pun family trip so mandi tepi pantai pulau pon dah okay! 


" Aktiviti pantai ada macam-macam, snorkelling, bola tampar pantai, apa yang perlu  sediakan cash money jer, semua bisa di atur"

" Port favourite aku dengan bebudak ni dekat sini, buaian gantung"

" Encik abang fefiling under pokok kelapa yer? :P"

" Haa ni la pokok kelapa yang dimaksudkan :)"

" My view at the evening * Feeling loved*"

" Adam pantang dapat kaki, suka dia jejalan"


Jam 4.30 petang, selepas berehat rehat sebentar sambil menghirup udara pantai yang nyaman. Masa yang dinantikan oleh bebudak dan mak bapak bebudak serta mak bapak sedara bebudak, Mandi laut! Jom kita ke pantai! :P




Peralatan sewa snorkeling ada disediakan di setiap resort.RM15 sehari. Mungkin kalau ada yang datang dalam pakej telah disediakan sekali so xpayah sewa lagi. Kalau nak tengok tumbuhan dan hidupan laut dekat area pantai resort ni pon dah kelihatan. So tunggu apa lagi, Snorkelling time!



" Katanya resort atas bukit ni tak approve untuk digunakan, so lama dah resort ni terbiar macam tu jer. Penggemar adventure memang suka panjat-panjat atas tu untuk berselca"

" My niece si Nana ni orangnya jenis maha penakot air,punya lah tak nak diusik pelampong & babah dia tapi bila bawak ke tengah laut sket bukan main tak nak balik terus" 

" Lain pulak nephew aku si Azri ni jenis terlebih berani, tengok la gaya terapung free style dia, siap tutup mata fefiling baring atas pelampung lagik, kerlas!"

" Habit wajib bila jumpa pantai haruslah ukir cinta di pasir putih!.. hihi"

" Haa ni satu aktiviti wajib, pekenakan budak kecik!"

" Amboi kemain ketawa besar bebudak ni tengok badan si Adli kena tanam. Gelak sakan!"

"Disebabkan hujan yang turun tadi air laut kelihatan keruh sedikit, tapi dah sampai kan. mane boleh lepaskan peluang bermandi manda"

" Banyak kan chalet atas bukit tu, mesti viewnyer cantik sangat bila ada nun atas bukit tu"

Puas bermandi manda hingga lewat petang, memasing balik ke bilik untuk bersihkan diri dan rehat sebelum nak g cari makan malam. We all makan di restoran milik Salang Indah Resort agak jauh sedikit dari jeti. Makanannya boleh tahan sedap dan harga standard pulau la mahal sket. Overall aku bagi 3.5 bintang.


" Wan & tok abah bersama cucundanya"

" Muka sume tahan lapa, mana makanan ni lambat benar sampainyer :/"

" My lovely parents :)"

Habis makan we all pusing-pusing ambil angin malam di persisiran jalan untuk lihat suasana malam di Pulau Tioman. Di sini ada beberapa kedai menjual souvenir macam baju, key chain & f.m. Ada juga jual pelampong kanak-kanak & mainan yang buka dari pagi sampai malam. Kakak aku try rasa burger special kat pulau tioman ni harganya RM7. Erm boleh tahan la rasanya sama jer macam burger special kat tempat kitew. Tapi apa yang specialnyer mungkin layanan bro yang membuat burger tu jenis peramah kot tu yang dikira special. ehh??


" Ada restoran & gerai makanan yang santai tepi pantai tapi yang tak bestnyer ada serve minuman keras, Amboi pulau Malaysia tak takut kena 'Tsunami' ke? *jungkit bahu*

Puas ambil angin kat jeti sambil tengok anak-anak ikan berenang-renang di gigi air we all pon balik la ke chalet masing-masing. Aktiviti malam kat situ, banyak la mat saleh berlayar di dunia samudera mereka di tepian pantai. Ya Allah lindungila tanah ini dari menjadi lembah kemurkaanMu. Amin.

Bangun pepagi sebelum mandi laut lagi we all sarapan nasi lemak kukus dekat pangkin tepi laut chalet we all. Pagi yang redup dengan nasi bungkus panas & teh tarik di tangan. Sedapnya *nanges*.. hihi.


Tiket we all jam 3 petang so ada banyak lagi masa untuk bermandi manda. Memang trip kali ni hanya santai di Kg Salang sahaja tak singgah mana-mana perhentian lain. Sebab rasanya di Kg Salang ni ada je kemudahan basic yang diperlukan untuk setiap family.

" Pagi tu cuaca agak redung dan hujan gerimis-gerimis, tapi we all gigih jugak turun untuk sambung bermandi manda"

" Sempat main belon buih sementara tunggu hujan reda pepagi tu bila cuaca tak berapa tersenyum"

Ok yang bestnya time tu we all balik hari ahad. So kebetulan tak ada yang nak check in lepas we all check out. Owner chalet beri kebenaran untuk we all stay sampai we all naik feri balik jam 3.30 petang. Mungkin sekadar nak mengambil hati we all sebab masa check in semalam agak lambat. Apa lagi puas mandi, makan, pusing-pusing cari souvenir, siap tidur balik, bangon.. haa dah nak tiba masa berlepas. 

" Selamat tinggal Tioman, kapan bertemu kembali agaknya? :)"

" Cedew pulak gase nak tinggalkan buaian gantung nih. 2 hari jadi port lepak:/"

" Wefie reramai!, Alamak lens ade bekas air, gambar jadi blur"


" Gambar  background chalet haruslah ada. tapi belakang ni bukan chalet kami, chalet kami atas bukit"

" Salang Sayang yang bersih & cantik! Love it!"

" See yaa again!"

" Jeti kampung salang"

" Ambil view laut sebelum bertolak balik, hati sedeww"


" Muka masing-masing dah kepenatan, feri yang dinanti tak kunjung tiba."

" Bila lah dapat tengok anak ikan free style tepi gigi air lagik erk?"

Jam 4.30 baru we all bergerak masuk ke feri, ada sedikit kelewatan untunglah kami jeti yang terawal untuk ke Jeti Mersing jadi we all dah siap-siap dapat kerusi masing-masing. Hingga ke Kg Genting feri dah penuh dengan muatan manusia. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan waktu balik ombak kuat dan feri berhenti beberapa kali. Senyap. tanpa sebarang bunyi. 


Walaupun dalam hati risau tetapi masing-masing mendiamkan diri. Cuma kekanak je tak kenal erti penat dan takot riang ria dalam feri sambil sesekali tanya dah sampai ke belum?. Tambah pulak aku duduk barisan hadapan udah tvnya buka cerita zombie ape tak kena betul dengan masanya time senja begini..haisshh..

Alhamdulillah kira-kira jam 8.00 malam we all selamat tiba di daratan. Time tu bila nampak kelibat lampu yang panjang (tanda daratan) bukan main bersyukur dalam hati. Maklumlah tak pernah naik feri selama 2 jam setengah tak jumpa-jumpa daratan. Alhamdulillah ada rezeki jumpa lagi di next vacation! hihi

Oklah till next entry... Jomla holiday satu family! :P

No comments: